6/30/2011

Kalaulah BLOG nie boleh berkata kata


Kalaulah BLOG nie boleh berkata kata


perkara pertama mesti dia jerit

TUAN BLOG NI TAK RETI2 KER nak buat UPDATE BARU????

sambil buat memek muka macam nie


agaknyer tuan blog dh lupakan aku smpai berkulat kuasa 15 dah badan haku nie...sob sob sob

tapi tuan blog nie lagik kesian sebab muka dia dah jadik macam nie

gara-gara kelam kabut urus diri sendirik seperti cukur bulu ketiak, kepit kuku kucing dan jahit bulu mata palsu rozita cik wan.belum campur urusan nak pikir idea tulis blog lagik..hazab sgt okeh

maka tuan BLOG dah cukup bersyukur rupanya tak bertukar jadik macam nie
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
OOOOOOOOOOOOOOO tergezut mak ko
nasib iols tak bertukar jadik SUNDAL BOLONG OKEH!!!!

Dan kalaulah BLOG ni boleh berkata -kata

mesti dia tanya...kenapa dah lama tuan blog nie tak update WORKOUT dia?????




HAPERRRR???-ChoYYYYYYY sgt soklan okeh...jawab tuan blog dengan muka macam nie

manalah sempat nak update WORKOUT wehsssssssssss...workout pun seminggu dapat buat baper kali jerk...SEDIH okeh.....nangessssss


so jangan ngada-ngada nak tanya lagik atau akibatnya TUAN BLOG terus buat muka camni
TAK PAHAM2 BAHASA KER WOI....aku buat WO yang sempat jerklahhhhh!!!!!!!! jerit ganda 23!!

dan akhir sekali kalaulah blog ni boleh berkata-kata


cukup2lah makan tue tuan blog




tuan blog jawab:
HAPERRRRR????? OMG *shocking face*(camnerlah kau bleh tau?)


yerlah segala mak nenek makanan macam ayam goreng, cheese, nasi lemak sotong,ayam golek, pulut kuning, pulut tawar, pulut manis, ayam tak golek masuk dlm perut nie okeh


maka sebelum BLOG tanya lagik...

IOLS SURRENDER

skang jugak iols mulakan




okeh semua JUMPA lagik di lain EDISI!!!!!

5/17/2011

I HAVE TO ADMIT THAT.....




Rindunyer kat blog nie.....takder aper nak update kebelakangan nie+ sangat BUSY
sehinggakan iols melalu FASA STRESS TERLAMPAU gituh
Disebabkan makanan selalunya menjadik punca KEGEMBIRAAN dan MENJANA hormon kelegaan
Maka iols telah memilih..........




spagetthi 3 rasa (damn delicious....spagetthi sgt unik rasa dia + sweet sour sauce chicken)
DOMINO"S Lasagnia(tapi taklah sedap pung)

and still craving for Secret Recipe Japanese Soba

sometimes I have to admit that I'm EMOTIONAL EATER when it comes to certain situation that makes me really feel BAD :(

then I come across my mind that I really miss my WORKOUT
bila tgk ahkak JILL dalam rancangan TBL (The Biggest LOser)
terus timbul semangat
jadi minggu ni....despite busy with other task still managed to do

SATURDAY: JM Shape UP
TUESDAY:Zuzana Hot Blooded Warm Up+ ZUZANA Push Me+ 1 set of ZUMBA
THURSDAY: QUICK WORKOUT: Zuzana Full body w/o+ 10-12 minutes JM Banish Fat Boost
Metabolisme.....
FRIDAY:1 circuit of Jillian Michaels Banish Fat Boost Metabolisme + 3 circuits from JM No More Trouble Zone.


I really have to increase my workout duration and frequency coz


I REALLY HAVE TO ADMIT THAT


WORKOUT is the BEST STRESS TREATMENT for ME!!!!

4/28/2011

BERPIKIR di LUAR KOTAK

tak tau nak letak tajuk aper
rasanya nie entry paling pendek kot
kekdahnyer minggu ni busy kalahkan tikus beranak 10 yang kene virus HAWAR
and for your info guys... I really miss my QUALITY TIME for WORKOUT :nanges meraung:
erm, sepanjang aku berjinak dengan WORKOUT
2 terms yang tak pernah tinggal adalah CARDIO dan WEIGHT TRAiNING
cardio nie smeua org biasa buat macam jogging, swimming, skipping
tapi perempuan biasanya akan MEMANDANG SERONG pada WEIGHT TRAINING
banyak aku jumpa soklan tipikal bila perempuan buat weight training
contoh

" takutlah beb, kang bahu aku jadik ketul2 cam jantan"

"eh bukan ke nanti kalau buat camtu, peha kita jadik lagik besor"
penat sehhh aku nak menjawab

agaknyer dieorg hengat kalau setakat angkat 5kg or less than that boleh jadik gini kots
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

TADAAAA






so jawapan pada soklan2 tue dah di SUMMARIZE kan dalam artikel BRO nie
sila2 lah korang baca yer.....

kredit to : BRO SHAHRIL RAHMAn

dan disebabkan artikel ini maka saya ala2 HENSAP

terus pulun

ZUZANA HOT BLOODED+ ZUZANA PUSH ME Workout

kathy smith abs dgn dvd nie

dan ku akhiri dengan satu set ZUMBA
wajib okeh goyang2 montot
dengan harapan nanti2 dapatlah jadik ala2 jamie koppie nieh :P
l_0c2e4585681d8b6ebacb5d471762224d
yahampun berangan tak hengat.....CABOTTTT..sebelum aku merepek lebih lanjut

4/17/2011

Mari Ikuti TIPS baru KAK SENAH untuk PEMAKANAN SIHAT

Lamanya KAK SENAH (sejak bila ko tukar nama jadik KAK SENAH?bukan KAK LIMAH ker?)tak update korang pasal pemakanan@diet sihat kan
sebab KAK SENAH pun diet ke LAUT CHINA SELATAN
hazab sgt tau korang...sibuk kenduri senun, kenduri sini
jalan2 senun sini..macam2 masuk dalam tembolok nie okay!!!

So bila dah start talking about HEALTHY FOOD....saya kembali mencari makanan sihat yang dapat memenuhi tekak saya dalam masa yg sama menjaga kesihatan badan saya
Selama ni saya selalu gantikan my breakfast with wholemeal bread@ breakthu gardenia(wholegrain bread)
uols pasti dah tau kan yang roti berserat a.k.a. roti warna cokelat yang tak sedap tuh lebih jauh banyak khasiatnyer dan rendah kalorinya daripada roti putih
so sesiapa yang pelik tak makan nasi tapi duk melantak roti putih sampai habis sebuku...pastu tanya kenapa tak kurus2....the answer is LU PIKIRLAH SENDIRI!!!
lain kali cuba cek sekeping roti putih tue bape kalori dia...then comparekan dengan wholemeal @wholegrain bread....luckily akhirnya saya jumpa jugak roti SIHAT yang SEDAP
the brand is from ANZEN...jalan2 kat COLD STORAGE hritue jumpa....


contains 18 grains....antaranya...flaxseed, rolled oats, barli, sesame..bla..bla..bla and as far as i'm concern..memang all the grains bring lots of benefit to us....and of course guys the MOST IMPORTANT THING is the TASTE...hua...sedap uols...dahlah roti lembut..combination of the grains sangat enak to my taste...so saper kata MAKANAN SIHAT tak SEDAP???SEDAP okeh...so from now on nampaknya i akan indulge this bread sampai bosanlah...haha.BTW the calorie is only 208 for 2 slices okeh.
Dah sebut pasla FLAX SEED nie..kat oversea mmg dha kecok yang FLAX SEED nie sgt elok utk kesihatan dan awet muda...so dah alang2 aku tersebut..korang leh baca info dan benefits of it kat cnie

The flax seed carries one of the biggest nutrient payloads on the planet. And while it’s not technically a grain, it has a similar vitamin and mineral profile to grains, while the amount of fiber, antioxidants, and Omega-3 fatty acids in flax leaves grains in the dust.

Additionally, flax seed is very low in carbohydrates, making it ideal for people who limit their intake of starches and sugars. And its combination of healthy fat and high fiber content make it a great food for weight loss and maintenance -- many dieters have found that flax seed has been a key to keeping them feeling satisfied.


so kalau selama nie korang suka sgt bfast dengan nasi lemak ayam ker..nasi lemak telur mata ker....megi goreng ker , kueh teow ker..karipap panas ker...takder masalah...seminggu sekali ok aper..cuma di waktu2 lain tue cubalah bfast yang healthy ckit...boleh carik roti kat atas nie atau roti wholemeal@ roti breakthru
then makan dengan:


scarmbled egg or tuna then jangan lupa potongkan salad untuk tambah vitamin dan nutrien kepada CARB korang tuh....kadang2 dinner pun kalau tak amik nasi...wa makan roti2 di atas dengan scrambled egg and salad
macam nie



tapi korang perasan tak scramble egg tue warna dia tak kuning???hehe aku pun ala2 terkujat tgk naper scrambled egg aku warna pudar2 coklat gituh...nangeh okeh...rupanya sebab aku guna 2 biji telur tapi guna 1 yolk jerk..haruslah tak kuning macam kulit tart yang disapu kuning telur kan....hahahahhahaaa.....janji nutrien tetap ader okeh wlpun 1 yolk.....

despite aku makan macam2 last week..luckliy managed to do my workout consistently except FRIDAY and SATURDAY(my ROYANS day)
this is the summary
TUESDAY= Jillian Michaels Maximise with 4 lb dumbells + Zumba
WEDNESDAY= Zuzana Hot Blooded Warm up, Zuzana Hot ABS (2 circuits and completed by 1 set of ZUMBA
THURSDAY= my first day of cik P but managed to do 20 minutes Banish FAt Boost Metabolisme by Jillian Michaels

4/01/2011

MAAP kerana MEMBUAT SAWANG

Dari lubuk hati iols..iols memohon jutaan maaf(motip sgt ayat2 ala2 artis salah laku gituh)
lately nie busy sangat uols..tak sempat nak menghapdet blog
balik jerk nampak lappy..nampak katil
harus pilih katil
kalau pilih lappy jawabnyer tak hengat katil
kalau tak hengat katil=tak cukop rehat= tambah sawang lagik kat blog nie


maka iols teruskan dengan penceritaan selaku penkritik TEATER yang nan hado

TEATER TKC (Terima Kasih Cinta)
kalau uols hengat di entry lepas iols ader berikan janji palsu utk bagi review
makan JANJI HARUS DITUNAIKAN okeh

layan dulu poster TKC
nampak tak 5 pasangan tuh....nie bermaksud 5 kisah cinta
kalau uols tgk filem CINTA by Khabir Bakhtiar
cerita nie diadaptasi dari FILEM tersebut

so haruslah mak kembali ke bahasa skema,kalau bagik ulasan iols tak pandai nak guna bahasa sempoi okeh...dan2 jadik serius gituh khen....

penceritaan teater ni banyak bermain dengan emosi dan perkataan CINTA itu sendiri
bukan setakat CINTA antara kekasih..tetapi CINTA sesama saudara
dalam tetaer ni dapat dilihat
KASIHnya seorang KAKAK terhadap ADIKNya(disampaikan watak DEJA moss sebagai kakak, ANDING AF sebagai adik)
CINTA yang lahir secara tidak sengaja walhal bermula dari perasaan simpati
walaubagaimanapun semuanya dapat disampaikan dengan baik
dan mesej dapat disampaikan
turut ditonjolkan kisah CINTA yang tak kesampaian..dan berakhir dgn penceraian
namun cinta itu tidak dapat menafikan kasih sejati anak dan ayahnya

secara keseluruhan saya amat berpuas hati dgn mesej yang cuba digarap dalam TKC
penyampaian nyanyian dan penggubahan muzik amat MENARIK sekali
lagu yang digubah semula seperti lagu MATA-NORKUMALASARI dan CASEY-SERIBU IMPIAN
sangat memikat dan koreografi tarian juga MEMUKAU
pujian harus diberikan kepada bakat baru seperi NADIA AQILAH
mesti korang tak kenal..atau kenal muka....so aku tempek ckit gambor sheols

dia nie mmg berbakat(antara drama lakonan beliau ialah EMIL EMILDA, MERAH PUTIH dan TARI TIRANA) selalunya dia tak jadik heroin tapi watak dia lagik menyerlah dr HEROIN...kesyian heroin khen.....
agak tersentuh jugak cinta mkcik rubi yang dilakonkan safura, dan cikgu elyas yang dilakonkan LATIF IBRAHIM....suara pak LATIF masih POWER seperti dulu..bila dia bukak mulut nak nyanyi jerk..semua org tepuk tangan..berdiri bulu romaku dengar sore pak latif......
makcik rubi sangat sayangkan cikgu elyas wlpun tahu hakikatnyer cikgu elyas mengidap azheimer....selalu luper a.k.a. nyanyuk gituh..kalau korang MAMPOO????
iklan kejap gambar cikgu elyas ngn mkcik rubi

tapi tiada yang mustahil dalam kisah CINTA SEJATI kan...sebab tue ader kisah ROMEO dan JULIET juga SHAH JEHAN dan MUMTAZ...tap perlu kita ingat cinta ini tak bleh menandingi kecintaan kita terhadapNYA kerana lambat laun kita akan kembali ke sana

Teater kedua yang iols nak kasik review plak adalah

LAT KAMPUNG BOY

walaupun iols bukanlah membesar bersama-sama kartun beliau, tapi iols jugak pernah membaca komik kampung boy dan menonton karton kg boy nie kat cenel 611 ASTRO(nie kalau budak2 mmg hapal no cenel nie siap tau tekan remote control nombor ni...haha)
Pada mulanya takderlah teruja nak tengok..tapi lepas dapat tahu dan dengar REVIEW di HOT FM..terus keterujaan timbul sebab
1) Pengarah HANS ISSAC....before this terlepas tgk CUCI...katanyer best....so nk tgh kebolehan HANS plak menerajui TEATER LAT nie..pengarah bersama plak HARITH ISKANDAR..satu gabungan yang mantap iols pikir,...
2) sebab yang mainkan watak LAT adalah awie(Hans kata terus dia teringat awie yang sesuai pegang watak nie sebab bulat..hahahahah)..teringin nak tgk awie nyanyi dna berlakon live gituh

maka last2 minute pun sempat..walaupun tiket agak mahal kalau compare dgn yang iols pergi sebelum2 nie

layan dulu gambor minah sesat dgn kartun2 LAT

sangat menarik dan banyak kelainan dari apa yang iols tonton kali ni
antaranya
- kebanyakan lagu2 teater nie berunsur dialog dan monolog...tapi melodinya menarik
antara lagu yang iols suka ilah DWYL LWYD-mesti nak tau maksudnyer kan???
maksud nyer Do What Your Love and LOve What You Do.....ini adalah pesanan cikgu DATO LAT yang bernama MISS CHEW
kalau korang ingat dalma karton beliau miss chew nie berambut TINGGI dan agak berisi
Hah tue dia Miss Chew!!!!!
-Lagu- lagu lain jugak sangat2 menarik...sebab dalam bentuk dialog....so kita dapat paham dgn cepat perbualan mereka.....
- EMOSI dan elemen KASIH SAYANG jugak diselitkan dalam tetaer nie..tersentuh melihat kasih sayang PAK KHALID (ayah dato lat) yang sentiasa positif dan memberikan ruang kepada anak2 untuk mengasah bakat mereka.Serta mempercayai kebolehan anak2.....turut tersentuh bila DATIN FAEZAh(isteri DATO LAT) meluahkan rasa terpinggir apabila LAT terlalu sibuk dgn kerjaya sehingga dia merasakan lebih mengenali kartun lat drpda DATO LAT itu sendiri
- MOTIVASI- motivasi juga diserapkan dalam teater ini: sokongan yang jitu sebntiasa diberikan oleh ayah dan cikgu beliau tentang bakat yang dimiliki LAT...maka tidak hairanlah dgn bakat melukis sahaja DATO LAT mampoo membawa MALAYSIA ke mata dunia


WAHHHH!!!! kusyuk uols .....bacer review iols nampak
dan tak lupa ini gambar di akhir pementasan
chomel khen awie dgn rambut tuh


BOOLATTT jahs


larikkkkkkkkkkkkkkkk

3/19/2011

Marilah BERSANTAI ala2 SPA di BALI


Nanges lebatgempita seluruh alam buana...minggu2 nie merupakan minggu yang sgt hectic bagi iols.....
sebab tue tajuk entry macam tu
sekarang ni iols rasa langkah bagusnya di kala ini dapat dibelai dengan




URUTAN AROMATERAPI PERSIS PUTERI CLEOPATRA

mahupun


MENIKMATI GIGITAN-GIGITAN MANJA IKAN DI DALAM KOLAM TERAPI IKAN

*yahampun seram pullok mak tgk gambar ikan berebut2 nak gigit kaki ala2 pirana gituh*

ataupun

DAPAT BERPEDICURE pun jadiklah okeh....



tapi apakan daya...masa begitu MENGEKANG dan MENGHAMBAT diri ini...
jadik cik SURAYA

silalah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





pakai bedak sejuk sajork
(aman selesa macam dlm spa...sejuk tapi hati2 takut ada yang nampak kene HEART ATTACK karang)

Despite having really hectic life this week..tapi lega sebab masih sempat berworkout seperti berikut
(SILA RUJUK JADUAL DI BAWAH)----->motip buat ayat dalam buku teks???

Akhir kata dr iols..busy macammana pun janganlah tinggalkan senaman demi utk KESIHATAN BADAN UOLS
MAJULAH BINA BADAN SENAMAN UNTUK RAKYAT SIHAT

3/08/2011

Bukan Niatku untuk MENCARAS



Seh..tajuk tak bleh blah
Sebenarnya harini wa nak perkenalkan resepi2 wa....ader gak resepi yang bukan original

ubah- ubah dari org lain

tapi kira resepi wa jugaklahk khen(baik korang angguk jah wlpun agak tak bersetuju)

bukan niat wa nak MENCARAS IRON CHEF mahupun CHEF WAN

apatah lagik sis TTM (blog sheols yang nie http://topsyturvymum.blogspot.com/)

yahampun yer TTM..ngeh ngeh

sajer jerk

entry kali ni

fefeeling jadik JUNIOR CHEF gituh(yahampun junior padahal mek dah tua bangka gituh)



di kesempatan yang ada..sambil melengkapi diri dengan workout

HEALTY LIFESTYLE turut DICOMBINATIONKAN bersama

HEALTHY RECIPES



nie wa share 3 dulu yang dah cuba keh





MEMPERSEMBAHKAN (ko ingat anugerah OSCAR ker ader NOMINATION bagai)





COLAN2 NYA







RESEPI pertama: VEGIE QUICHE....






wa ubah resepi nie sebab kat peti wa cuma ader

1 box crunchy salad with cherry tomato



so what i do??

cruncy salad tue wa potong2

cherry tomato potong 4

2 biji telur(amik 1 yolk only)

pastue perasakan dengan serbuk ikan bilis ngn garam



olive oil sapu kat dulang pembakar

gaul bancuhan di atas dan tuangkan

bakar selama 175 darjah celcius 15-20 minutes



hasilnyer




itu dia VEGIE QUICE SURAYA"S VERSION noks....

kehijauan gituh uolsss

iols kadang2 tukar resepi nie masukkan cendawan tiram ker..tapi tomato cherry wajib ader

sebab mmg suka sgt tomato tuh..mmg kenyang..hehe





COLAN yang ke-2




TUNA FRITTATA/CHICKEN FRITTATA



asalnyer wa nak buat chicken patties mcm dlm link nie
tetiba sebab ader lebihan roti wholemeal terus timbul idea nak buat frittata
so modified ckit resepi chicken patties jadiklah chicken frittata
so here the recipies ciptaan terulung abad ini chicken/tuna frittata

bahan-bahan

4 whole meal(rendam ngn air then hancurkan..kalau ader mixer...blend jahs)
4 eggs (only two yolks)
3/4 tuna (i used chili tuna nak kasik pedas)kalau chicken(bleh pakai daging ayam cincang)
seasoning= garam, pati ikan bilis
cendawan potong halus ngn tomato cherry
cara2= (A)pukul telur dan perasakan dgn garam dan serbuk ikan bilis
(B)tuna+ wholemeal hancur+ cendawan + tomato semua gaul rata(letak garam ckit)
dulang pembakar sapu ngn olive oil
ratakan bahan B atas dulang..tuang bahan A..sebatikan baked at 175 drjah celcius(tadik iols bakar 27 minutes)

nie plak versi makan sorang
sapu olive oil kat tempat pembakar
masukkan cendawan ngn kubis yang dihiris
pecahkan telur
perasakan dgn garam(tadi wa tambah mixed herbs ckit)
roti wholemal (sekeping..rendam air then hancurkan)
tuna spread
semua gaul rata..baked...sonang jahs

kalau dah melantak yang masin2..mesti nak desert plak khen???
dan mempersembahkan COLAN YANG TERAKHIR



so wa come out dgn this resepi
kebetulan masa tuh benda nie jerk ader kat rumah

maka saksikanlah pulak pemanis mulut

DESERT KAU TETAP DALAM ANGANKU


ngehngehngeh..motip sgt nama desert..iols gurau2 jah okeh

namanya: YOGURT PUDDING
bahan-bahannya
7 keping biskut wheat krunch
(sebab versi sihat kan..tapi nak ganti biskut marie atau biskut cap ping pong pun volehhhh)

APER???(ala2 terdengar suara sayup tanya:camner roper biskut wheatr krunch??jap yerk iols tampal)


tue dia yer uols bentuk biskut nie ala2 bola ping pong berkembar gituh

kemudian sebekas yogurt (iols guna mango yogurt anlene)
kalau nak guna yogurt plain bleh gak
pastue tambah jerk buah-buahan dan gula ckit
tapi kalau dah berperisa takyah nak add onn pape sbb dah manis kan
then sprinkle jerk RAISINS atas tuh
iols bakar kejap nak bagik lekat(175 darjah celcius15 minit)
then sejukkan dalam freezer



TADA!!!!!!!!!!!!!



Sangat enak dimakan tatkala bulan mengambang ditemani hilai tawa cik ponti
YAHAMPUN....sangat enak dimakan begitu sahaja..cubalah yerk!!!!

sekian dahulu DARI DAPUR ANTU KAK LIMAH untuk minggu ini
jumpa lagik 2 tahun ke belakang....wassalam

3/01/2011

Matilaa MAK kene LAHAR....

Sebelum aku mulakan entry nie....nak bagitau dulu..minggu nie aku rajin yahamat exercise...
asal celik mata jah exercise...asal exercise jer celik mata
dgn harapan korang tak MELAHAR aku yerk
sebab nak bagik review lagik pasal aktiviti @hobi aku JJCM (jalan2 cari gado makan)
Walaupun hobi aku ni makan2 tapi aku sentiasa make sure aku bersenam
dan kalori intake within range...cuma kadang2 terbabas gak
sebab bagi aku DIET beerti healthy eating ...bukan TAK MAKAN@BANYAK PANTANG
dan bagi aku korang akan hilang satu nikmat dunia kalau ckp dialog2 berikut

"eh ..eh..aku takleh lah makan ni"


" pastu yang nie pun aku tak bleh makan, gemuk nanti"


"ohhhhh!!!! yang nie sgt PANTANG bagik aku"


tak rasa terseksa ke weiiii??????

sebenarnya NO MATTER what U PUT in your MOUTH
you YOURSELF BETTER RESPONSIBLE for it!!!!
ini tidak..dahlah makan segala yang berminyak, berlemak, garam dan gula tinggi
pastu bleh senang lenang goyang kaki
then pelik kenapa tak KURUS...
LU PIKIRLAH SENDIRIK KEH(ayat sentap gituh, yahampunnn)

sebab tue aku tak pelik bila ader soklan tanya
ko rajin gak gi makan2..tapi aku tgk badan ko taklah naik mana(ni bentuk soklan pujian)
then i just said, I'm responsible to my body
bila aku ala2 makan tak sedar dunia
balik tue aku BAKAR gaklah tak sedar dunia gak

tapi ader gak soklan2 gini (soklan jeles)
aper guna ko exercise pastu ko makan minyak2 semua..ko kene kontrol la makan...
i said " betul apa ko ckp, tapi aku amik in moderation bukannya hari2 nyah oii...tapi timer kasih atas teguran membina itu, yerlah kdg2 MANUSIA MUDAH LUPA khen)

so mula2 mak nak citer pasal JJCM ke SPAGHETTI GRILL
bagik iols pada pandangan korang plak kan
okeh ini kedainyer
as usual kedai mmg best, bersih takder masalah
ini menunya plak..selain spagetthi, yang sinonim dgn makanan ITALI haruslah PIZZA khen
tapi aku mmg bukan PENAGIH PEMINAT TEGAR pizza
maka petang yang sgt berbahagia itu
(wlpun aku masa tue sgt letih dan lapar ala2 nak makan orang :P)
aku memilih SPAGETI AGLIO OLIO yang berharga RM13 ker RM15 tak hengat dah
sudahlah lama gila tunggu about 15-20 minutes kots or more than that
aku dah siap sound kawan aku awat lambat sgt..air pun lambat
nasib air yang gue order sedap
HOT CHOCOLATE

yang member iols order epal juice...wa rasa they ols guna yang jenama murahan aper ntah
tak sedap langsung okeh..masam nak mampuih
dahlah gelas besar..terpaksa kawan iols tambah gula okeh

then sampailah spagetthi yang gua bayangkan SEDAP BERMUTU
dan dapat hilangkan kelaparan tahap dinosour wa


sekali alahai
spagethhi semata uols..memanglah ader rasa OLIO nyer
biasalah rasa olive oil n garlic ckit
tapi NAN HADO (takde) pape pun selain tue uolsss..kosong..takder ayam sotong semua takder....
nak dibandingkan iols makan spageti OLIO kat MILANO CAFE..jauhlah sedap
siap ader sotong, udang bagai kat sana tapi rege RM8.90
ini rege bukan main TAPI NAN HADO sgt spagetthi tue :GRRRRR:
tapi sebab dah lapar,,,tak puas hati dan geram tolak tepi
TELAN SUDAH NOKS!!!!


saksikanlah spagetthi kosong ini...yang berjaya ku telan dgn penuh REDHO
(bersyukur adanyer)

Nasib baiklah kawan aku dh kenyang..so dia order yang light2 jahs
so CHICKEN BITES menjadik pilihan beliyau
baper kali dah aku betulkan gambar nie nak senget gak..so sila TELENGKAN kepala 90 darjah
waima korang teleng2 pun tetap ropa dia gitu gak ala2 cekodok
yang ini blehlah iols bagikkan sedikit pujian (sedikit jerklah sebab hati da bengkak khen...)
ala2 nugget tapi guna resepi sendiri..so coating ayam tue memang crunchy gituh
rasa pun not that bad lah

so overall aku nyer rate C+ lah...hajat di hati nak bagik C..tapi aku nie kan pemurah gituh..tambahlah PLUS tuh
rasanya takkan ku jejakkan kaki lagik dah ke senun

setelah sakan minggu tu JJCM maka aku list down workout aku for this week

SENIN-morning =1 set of ZUMBA +Sexy Survivor W/O by ZUZANA
SELASA-evening= JM cardiokickboxing
RABU- my REST day (breakfast n lunch cut cal...indulge during DINNER before8pm)
KHAMIS- 1 set of ZUMBA+ READY to SWEAT BY ZUZANA

I START TO LOVE ahkak ZANA w/o and rajin cuba healthy recipes by her skang
JUMPA DI LAIN ENTRY dgn RESEPI2 SIHAT yang menarik okeh
(menarik kew???? )