8/28/2012

RAYA SEBAGAI LISA SURIRUMAH :P

Saja nak buat sambungan entry pendek 2 hari lepas
memang layaklah buat entry pendek sebab memang takder masa langsung nak update blog kekdahnyer akak raya ker lubnan, singgah kejap semannjung gaza, tidur semalaman kat Israeil baru pulang ke lombok

apa yang buat iols sebuk sgt raya nieh???

melayan sanak saudara yang jauh di mata di hati jangan katanyer

ini baru separuh gabak kete api yerk uols

lagiks
harap maaf sebab iols takder dlm gambar di atas kerana gegeh di dapur bertungkus lumus keh :MERAUNG:

MEMPERKENALKAN

-

--

---

----

-----

------

-------

--------

---------


----------

LISA SURIRUMAH
raya ke tiga baru dpt gambor ngn tema UNGU...motip???

sebab raya 1 + 2 inilah keje baru iols selaku bibik ikhlas tak bergaji
mencuci pinggan mangkuk hingga licin berkilat tanpa axion
sapu sampah beranda rumah dalam rumah luar rumah belakang rumah tepi :p

mop lantai sampai licin leh wat cermin...motip model nie takleh blah posed dia


HAH KORANG MAMPOO KER JADIK LISA SURIRUMAH???

walaupun kepenatan tapi sgt puas hati sebab raya nielah peluang beramas beramah mesra+ eratkan silaturrahim sanak saudara yang mungkin jarang jumpa atau tak pernah jumpa

sedikit perkongsian untuk semua

Antara amalan yang boleh menjadi bekalan PAHALA di akhirat :
“Kalian tidak akan masuk Surga hingga kalian beriman dan tidaklah kalian beriman hingga kalian saling menyayangi. Maukah kalian aku beritahu tentang suatu perbuatan yg jika kalian lakukan niscaya kalian saling menyayangi? Sebarkan salam di antara kalian.”
confirmlah cara nak sebarkan salam mestilah dgn cara bertanya khabar, ziarah menziarahi kan..
kalau tak time raya, time kenduri tapi kenduri pun iols jarang pergi sebab busy yahamat..
so amiklah kesempatan cuti nie utk ziarah menziarahi yerk kawan-kawanku sekalian 
bak kata pepatah MHI (MALAYSIA HARIINI TIBI 3) segmen jejak kasih dulu kala

yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan yang mesra kita serasi-serasikan--->
tak silap ayat di dr pengacara AZIZ DESA
 (curlast tak siap hapal dialog walhal masa tue ahkak sek rendah lagik...kantoi umur ahkak)

8/25/2012

Raya Sebagai DIVA

matilaa kene carut ngn korang kan sekali sekala jerk kan mak perasan diva
nak perasan gak raya tahun nie setaraf diva matilaa kene carut lagik khen
sebab tak der masa rehat langsung dr raya ke pertama sampai ke-6 yahampunnn
okeh nie entry pendek jerk
jgn nak speku gambor nie sebab nie satu2nyer adik laki iols bukan BF okeh


TBC
:P

8/20/2012

MAK KATA

MAK KATA: okeh 530 tutup pintu kita pergi beraya pulak

YAHAMPUN semalam dari pagi sampai pukul 530
NON -STOP orang beraya kat umah
tangan iols yang gebu ala bidadari sorga ni dah naik kecut basuh pinggan+ bancuh air dekat 10-12 x kots
sedar2 dah pukul 5
tapi takperlah SETAHUN SEKALI meraikan kedatangan saudara mara sepupu sepapat cucu cicit
(yang nie belum erk..motip nak kata iols yang vogeh nie berstatus NENEK???)
papepun selamat hari raya uols

muka iols yang comel lote pagi raya


tapi ptg raya jadik gini



NANGES...tima kasih pada semua yang datang yerk...walaupun tak menang tangan smpai tido mati kepenatan semalam..mak PASRAH uolsss

8/16/2012

SYUKUR ADANYA

wow...dah dua entry akak berunsurkan tazkirah gittew jangan ingat ahkak tau melalut , meraban dan meroyan jerk dlm blog tau
anda buat anda dapat !!! hati ikhlas pasti dibalas---> kalau bijak sila teka dialog siapa ni....
kalau betul korang belanja diri sendiri makan ni

-

--

---

----

-----

-------

-------

* gambar takde kene mengena ngn kemenangan  perak olimpik dato lee chong wei yerk*

topik ahkak hari ni "SYUKUR ADANYA" lepas ahkak tengok iklan bernas uols..ahkak tau iklan nie memang dah lama HANGAT DI PASARAN GELAP TIBI tapi yang ahkak nak ulas ahkak baru tau yang
ahmad dan fizi (nama dalam iklan ni) memang betul2 OKU....huaaa sedih ahkak uols 
sebab ahmad kan ala2 tak jelas percakapannya..ingatkan dia berlakon jerk ckp camtu
rupa-rupanya betul2 dia mmg tak jelas percakapannya

terus muhasabah diri uols....kita ni bukan setakat boleh bercakap, menjerit dengan jayanya..siap boleh pergi karok bagaiii..oppps KANTOI


* out of topic: bestnyer kalau pinggang iols mcm gambar di atas :P*


dah alang2 buat entry..ahkak nak wish semua peminat fanatik pembaca blog ahkak
maaflah kalau tercarut/entry ahkak ada menjadikan korang TERASA dan sebaganya...sebenarnya coretan dalam blog nie sekadar suka2,luahan rasa dan perkongsian bersama..takda kene mengena dengan yang hidup atau yang dah arwah mati yerk....serius...jadik ahkak bebetul minta maaf uols semua..ahkak hanyalah insan lemah yang tak MAMPOO nak lari dari segala kekhilafan adanya okeh motip sgt ayat sendu sendan ala2 pagi raya dah

tahun nie sadis sgt ahkak tak dpt byk pun kad raya...rindunyer jaman dedolu kira+ lawan kad raya sapa paling byk (rasa nak kembali ke jaman tu plak)
skang zaman IT ni wish through FACEBOOK + SMS sajerk kekdahnyer

pape pun cara korang yang penting jadikanlah raya tahun ini sebagai tanda kesyukuran kepada pencipta kita yang MAHA ESA..ALAHAMDULILLAH kita masih dipanjangkan usia menikmati BARAQAH RAMADHAN dan juga NIKMAT HARI RAYA AIDFILFITRI sebagai tanda kemenangan kita...
semoga kita semua menjadi muslimin dan muslimat yang sentiasa patuh dan bertakwa kepadaNYA

INSYA ALLAH



8/12/2012

PEJAM TAK CELIK CELIK (ooopsss)

Kontroversi okeh tajuk ahkak harini
memang bukan maksud akak nak suruh korang mati
yerklah sebab tajuk entry pejam tak celik2 kan???
cuba bersangka baik sikit uols :P

Sebenarnya tatkala Ramadhan dah berada di penghujung ni, ahkak ingin menyeru kita semua muhasabah diri termasuk diri ahkak yang lemah ni dik non untuk mengingati apa yang telah kita jalankan sepanjang Ramadhan 2012....Seandainya kita pejam tak celik-celik (mati) adakah Ramadhan kali ini merupakan yang TERBAIK pernah kita lalui???

moh kita buat checklist

- Bagaimanakah PUASA kita semua???

adakah sekadar menahan lapar dahaga semata atau puasa tapi melebihkan TIDUR + mengumpat tak habis habis part ni ahkak sentap sangat okeh
*mohon maaf kalau ada TERASA dengan gambar di atas yerk *
*gambar nie plak ahkak yang TERASA uols :P*

atau adakah sekadar menjaga puasa, menjaga solat tetapi masih membazir dgn segala kuih muih, lauk pauk sewaktu berbuka yang akhirnya dibuang???
daripada yang nie jadik begini
1


11


111


1111

11111

1111111
perlukan kita hanya bersyukur jika kita suatu hari nanti ditakdirkan jadi begini
maka janganlah membazir dan ajarlah diri  kita tentang 
erti sebuah KESYUKURAN


bagaimana pula dengan sedekah jariah kita???renungkanlah nasib anak-anak yatim yang berbuka seadanya tanpa keluarga di sisi.sumbangan ikhlas kita pasti dapat MEMBUATKAN MEREKA TERSENYUM

jika tak sempat menghulurkan sedekah kepada anak yatim, berilah kepada mereka yang susah/miskin di sekeliling kita


dan akhir sekali


sempatkah anda meluangkan waktu membaca NASKAH TERULUNG ini



akhir kata: semoga segala amal ibadah di bulan RAMADHAN kita diberkati dan diharapkan kita istiqamah meneruskannya hatta selepas ramadhan sekalipun.Ya allah temukanlah aku Ramadhan dgn Ramadhan akan datang...INSYA ALLAH

curlast gak ahkak buat entry ala2 setajah nie kan..oppsss tak baik riak..tarik balik

8/08/2012

OHHHH ahkak tak mampoo uols

sebenarnya ala2 nak buat entry pendek
 (tapi kalau aku kata pendek jgn caya..kerana confirm akan jadik panjang geks :P)

petang tadik gegeh yahamat carik baju raya+ sandal raya
kengkonon nak sederhana tapi sakan gak..memang dasar ko nie yaya!!!
dahlah pusing sakan carik baju masuk fitting room smpai 3 kali sebab baju tak muat sangkut kat punggung
pas berbuka balik umah...zup zap zup zap
tada!!!!

dengan gegehnya melawan BRUTUS (kuasa jahat tak bagik exercise)
terus sarung sport shoes dan buat yang ini
PENCAPAIAN PALING MEMBANGGAKAN: banyak reps iols berjaya kalahkan freddy
ader satu exercise nie...freddy buat belas2..iols buat dekat puluh2
bagiklah can aku nak berlagak sekali dua kala :P
namun harus ku akui aku masih fail/hazabedah buat exercise yang nie


&

&&

&&&

&&&&

&&&&&

jap sila exercise jari jemari untuk tekan lagik ke bawah sajer nak membuli korang di bulan poser
 &&&&&&


&&&&&&&


&&&&&&&&


&&&&&&&&&


&&&&&&&&&&
dan ini

kesimpulannyer

DIVE BOMBERS MEMANG MENHAZABKAN 
 BUNTUT BERAT IOLS JIWA RAGA IOLS

kata2 motivasi untuk harini : USAHA TANGGA KEJAYAAN YAYA!!! sila cuba jaya lagik
CHAYYOK!!!!

nota bulu kaki tentang DIVE BOMBERS :

This challenging take on the classic push-upsculpts you from head to toe, while increasing flexibility in your hamstrings, back, and shoulders, says Todd Durkin, owner of Fitness Quest 10 in San Diego.
Work up to three sets.
  • Begin with your hands and feet on the floor and your hipsraised, so your body forms an inverted V.
  • Lower your shoulders, then glide your chest forward, bringing it between your hands and up toward the ceiling.
  • Keep hands 2 to 3 inches wider than your shoulders and your knees and hips 2 to 3 inches off the floor.
  • Reverse the move, bringing your hips back toward the ceiling.
  • Repeat for a total of 5 to 10 reps.

8/07/2012

ROYAN CEKODOKS.....

Hamekkk...vogeh the vass sangat nama tajuk entry khen

"CURLAST KO YAYA" ala2 tiru iklan ribena bulan poser sharifah shahira

royan cekodoks dalam kamus bahasa dewan pustaka fonen  edisi purba  terkini  mrujuk kepada:-

mengidam gila dengan cekodok (bahasa utara cucuq kan??kalau cekodok tue cekodok pisang katanyer)

tapi maksud di atas sedikit berlainan dengan apa yang bakal iols paparkan

royan----> bawa maksud lain (kejap gik citer kat bawah)

cekodok----> sebab gila buat cekodok utk buka puasa

so royan cekodoks bagi entryku ini adalah berbeza ceritanyer yerk

layan dulu gambar cekodok/jemput -jemput
* mohon jgn terliyur edisi terlampau sebab nie kan bulan ramadhan *
sila muhasabah diri anda



cerita 1 : ROYAN 
sebut jer royan dan2 huruf besar kuar
kenapa iols MEROYAN????
sebab balik kg 3 hari sempena cuti NUZUL QURAN nan hado (takder) line internet

nanges mak   yang gila nak berinternet jerk kejenyer nieh
 maka jgn salahkan iols sebab tak dapat update blog iols yang usang ini (baik tak alasan??)
tapi mmg meroyan sungguh iols tak dpt jenguk mukabuku, forum cari ngn blog selama 3 hari
terpaksalah layan astro sampai lebam



cerita 2:


CEKODOK

rasanya kalau tekan keyword cekodok..blog iols ni lah paling banyak citer pasal cekodok kots
kalah www.cekodok.com katanyer
sebab entry lama2 ader post resepi cekodok wholemeal lah..cekodok itulah cekodok inilah
tapi kali ni iols tak terSNAP gambar cekodok

al kesahnyer...di suatu petang sebelum berbuka puasa..tetiba mengidam cekodok ikan bilis

gambar ehsan google
tapi nie paling hampir dgn rupa cekodok yang iols buat ahad lepas...
tak smpat snap bagai sebab kekdahnyer berbuka terus terkam

hasilnyer
licin uols cekodok itu...dengan muka selamba pakcik iols siap order lagik "CT , esok buat cekodok lagik"
motip pakcik???takper iols anggap itu satu penghargaan
 (positip sangat...ngeh)

maka esok plak dgn penuh kreatif + inovatif terhasillah plak cekodok udang
lebih kurang gini gak rupa cekodok udang iols
iols campak kucai+ udang+ cili (utk bagi merah)+ ikan bilis sikit utk rasa + garam

apakah rahsia nak bagi CEKODOK RANGUP???
kalau iols,iols bancuh dengan air suam / isi sikit bicarbonate soda
tapi dua2 cekodok kat atas...iols bancuh yang kedua jerk dgn air suam

memang GARING DA BOMB uols
sebab tue kali kedua pun licin


* entry ini bukan nak ckp iols pakar buat cekodok sampai licin keh, sekadar perkongsian....kalau bulan puasa ni bukan semua makanan akan LICIN ker?? kalau korang punya tak licin maknanya korang ikut amalan SYAITONNIROOJIMM iaitu membazir*

jadi jangan membazir yerk kawan2....

8/01/2012

BERDOSAKAH AKU

Berdosakah aku andainyer

ADIPUTRA bilang dia cinta bangat sama gue (oh ini memang TIPU)


Berdosakah aku andainyer

banglo satu juta/ lebih jadi milikku (ini cita2 jerklah)


MOTIPPPP???

semua di atas dusta semata okeh 
sebenarnya aku nak tanya korang berdosa tak aku 
sebab semalam berbuka aku bedal 2 pinggan nasik :MERAUNG:
gambar mmg hiasan

petang tuh dah gegeh aku workout okeh..
 siap buat ZUZANA hot blooded + 2 sets of HITT= lencun sakan gakler
 tetiber bebuka....mak aii jadik

SELERA GAJAH BETINA BUNTING

nanges sangat..okeh..tapi takper kot rasanyer sepanjang pose baru sekali makan bertambah sakan gituh macam biasa buat ayat sedapkan hati  tapi motip pas terawih aku baham plak yang nie

yahampun....IOLS MENGIDAM KATANYER


okeh aku tau korang nak kata aku MEMANG BERDOSA kan??mak redho :sob sob sob:


p/s: moral of the entry: biasalah dalam nak diet mmg ader hr kita terbabas...tapi jgnlah terbabas hari2 okeh...alah bisa tegal biasa (peringatan utk diriku ini jugeks :P)

chowww

7/30/2012

KITA BAKORRRR JERKKK

MOH KITA BAKORRR JERK
selalunya iols rajin ajak korang/ uols2 semua MEMBAKOR LELEMAKS khen???
entry hari nie nak ajak bakor macaroni and cheese
yahampuns.....terus rasa larik tajuk bila sebut makanan nieh maklumlah blog fitness katanyer nieh
tapi menjaga kesihatan tak bermakna LUPA NIKMAT DUNIA kan??
sekali sekala tak salah menikmati juadah TERLEMAK TERBAHEK DR LADANG..gittew
 maka hasilnya




TADAAAA!!!!


macaroni cheese MESRA SELAMANYA---> motif nama???kalau masuk masterchef kan kene bgtau kenapa nama gituh

okeh jawapannyer

sebab digaul mesra macaroni yang telah direbus itu dengan sos putih....iols malas nak type resepi kat sini..tapi kalau ader yang minat silalah inbox bajet sgt org terliur tgk makaroni ko tue kan..keji sangat okeh

alhamdulillah wlpun dah berjaman tinggal membaking...takderlah berkarat sgt skill ahkak..jadiklah kan..cuma bagi diri sendiri iols rasa kalau tambah sikit kiub ayam akan terasa lagik KELAZATAN + UMPPHnya
tapi yang makan kata sedap jerk...sebab bulan posa/memang ikhlas/mmg nak bagi muka jerk
tak kisahlah korang


JANJI HABIS!!!!!
bulan pose tak baik membazir tak gitu ahkak senah, kiah ngan abg meon???

7/27/2012

JATUH CHENTA lagik

hahahahahahaha

gegeh dah korang

 mesti tak sabar nak dgr cite aku kan??

MAMPOO jatuh chenta lagiks??? bajetlah ko tue hot sangat kan padal hot hot nail jerk :P

sebenarnya kan iols tgh stress sebab busy sgt..tapi kang korang bacer posting aku stress plak

so baik iols citer yang enak2 berkrim lagi disukai ramai..barulah uols semua HAPPY kan??

ermmmmmm...iols dah JATUH CHENTA :wink2:

dengan saper????


$


$$


$$$


$$$$


$$$$$


$$$$$$


$$$$$$$


$$$$$$$$


ini mamat...OME (Oh My Engkau!!!) ala2 sopan nak ganti OMG khen???

sebenarnya minat mamat ni sejak dia berlakon citer sambal tumis mama
suka sangat tengok citer nie,,siap haritue ader ulangan lagik kat tibi 1

chenta ku berputik kembali pada HEOLS...bukan sebab tengok citer nieh

DEJAVU DI KINABALU

tapi sebab dengar sore dia kat hot fm nyanyi lagu BUTTERFLY
memanglah sore dia takleh lawan si AQASHA
but for me not bad lah(alah kalau dh suka tuh sore mcm katak pun ko suker kan)
but mmg tak lari tune dia nyanyi + sore ader lah..taklah HAZAB kalau dgr even kat KAROK sekalipun


*yahampun sangat bulan pose pun aku nak rembes ngan nazim othman a.k.a OSTAZ. Bazli ni*

7/22/2012

ahlan wa sahlan ya ramadhan

Selamat datang RAMADHAN kata ahkak
jangan ingat ahkak pandai menceceh jerk tau
sempena ramadhan nie ahkak harap semua mendapat

kaf ba ro kaf alif ta nun








APA DIA????










KEBERKATAN ahkak tau korang tak oandai kan ngeja jawi..yahampun


sempena bulan baraqah yang mulia ini
ahkak memohon maaf kalau ada yang terasa dgn ahkak secara fizikal mental mahupun spiritual..erkkkk
semoga ramadhan kali ini kita dapat tingkatkan
- amal ibadah kita(solat, baca quran, sedekah..amin insya allah)
-kualiti terawih kita
ahkak mampoo buat lapan jerk tahun nie takut pikiran melayang kalau buat 20 alasan sgt!!!


tapi untuk diri ahkak selain yang di atas sana
ahkak berazam nak tingkatkan lagik satu iaitu

tingkatkan frekuensi workout ahkak di bulan ramadhan ini

ahkak tak jogging mcm gambar dia atas uols tapi bersenam manja2 kat umah sajork
ahkak cadang nak buat ZUZANA/HIIT sebab duration senamannya ringkas+ cepat peluh
dgn harapan bila ahkak cubit lemak
lemak ahkak taklah jadik ginih
gituh!!!!(ini pun kira sikit lemak dia tau *MERAUNG*)

sebab semalam dh berjaya poser pertama..tapi tak berjaya workout
nak citer kenapa tak workout...sbb sebuk melayan hanak2 HAYAM di bawah
korang hado stok ANAK HAYAM ginih???wakakakakak---->erk lawak keww???

dari kiri-INSYIRAH---> yang nie sebuk main jerk,,,,dh kul 5 dia ckp " kak tie, kita hauslah"...
iols pujuklah..tggulah sikit lagi jerk nak berbuka,,,,then dia pergi dapur,,tgk mak iols masak sambil pesan

"hurm sedapnyer bau, makngah jgn lupa bungkus utk syirah yerk" 
baik punyer ayat terus kiss mak iols...pandai gila ko MEMBODEK yerk!!!

then kedua dari kiri:- WADA----> paling semangat badannyer antara berlima tuh 
(sila belek pipi tembam sheols dalam gambarajah di atas)
dia nasib baik puasa okeh..kalau tak kul 6 pagi dah mintak makan drpd umi dia(hahahahaha)
cuma masa ptg tuh aku dh nampak dia muka ngantuk giler,,,tapi sebabkan cousin dia syirah+ dina,+kakak dia ya sebuk main+ bising2..tak jadik tidur.
kesudahannnyer 10 minit before buka dia BANTAI TIDO
aduhlah memacam ragam hanak2 hayam nie,,,hahhaaha..iols kejutlah  dia ckp dh nak buka

ketiga dari kiri- DINA
hadek si SYIRAH, yang nie mmg sah tak pose...tapi dia try gak smpai kul 1130
then pergi dpr makan nasi goreng sambil pesan kat ibu dia
"ibu diam2 tau sebab org lain puasa"
tau plak malu dia tak puasa..wakakaakaka

empat dari kiri - PUTERI/UYI

nie pun tak posa..smpai2 kg suh mama dia bukak yong tau fu terus layannnzz...hahahaha
nasib ko smpai tue mmg dah waktu berbuka

yang akhir tuh-- ini YA a.k.a. KAKAK HAYAM
ni dah darjah 2 dah
mak aiii puasa tue biasa bagi dia...ke hulu ke hilir berlari tak letih langsung
sangatlah energetic ini budak "nangeh mak tengok"
dialah ketua anak2 hayam di atas


p/s : anak2 hayam dia atas adalah cousin iols..bukan anak buah tau..sian iols takdop anak buah lagik..ader anak tekak sajork :P