Alhamdullilah dengan izin tuhan pada pagi ini saya masih bernafas untuk berblogwalking
sudah berjaman lamanya meninggalkan blog ini
sehingga idea yang mencurah curah terus malu2 untuk keluar tatkala jari jemari mulus ini berada di kekunci keyboard
semalam saya telah menjalankan EDISI KOTAK MERAH-selaku pelepas tensyen kerana tidak lama lagik saya akan menghentikan kegiatan ini sempena kedatangan BULAN RAMADHAN al mubarak yang mulia
di KOTAK MERAH saya telah mencuba sebuah lagu yang tidak pernah saya nyanyikan sebelum ini
keterjumpaan lagu tersebut setalah gegeh membelek YOUTUBE di suatu hari membuatkan saya teruja untuk menyanyikannya
maka impian pun direalisasikan
Best kan lagu nieh?kalau korang rasa tak best..jawab jerk best
silalah jaga hati mak nie...kalau tak mak kecik hati nyahsss..hehe
bagi aku sore si syima nie unik bangat ..
.satu dlm sejuta kekdahnyer (amik dialog zizie ezzete:zizie bilang pak BUNG tue satu dalam sejuta)..ya ampun sempat aku gossip plak kat cnie
selain lagu nie lagu wajib aku kat KOTAK merah ialah lagu SETELAH AKU KAU MILIKI
dari shima jugakk
yang aku kagum kan penyanyi dulu2 nie..kalau nyanyi LIVE..WAH!!! gitu
sebijik mcm recording kadang2 lagik sedap hokkey!!
tampal sket lirik lagunyer
DI SEBALIK SEJUTA WAJAH
Biar semakin payah
Memburu rindu
Keunggulan bercinta
Tetap ku cuba
Pada sejuta wajah
Mudah ku temu
Bagai butiran pasir
Sinar kilauan
Bukan intan
Lalu ku rebah
Di riba yang parah
Yang suci
Tidak kutemui
Bercahaya di mata
Yang berkaca di wajah
Dan wajah siapa
Menyapa cinta
Di kala ku begini
Sinarilah oh di wajah
Setelah mencari
Kini kutemui
Yang bertahta suci murni
Di wajahmu kasih
Terkuncilah diri
Kau dan aku kini
Masih sejati
kemeroyanan KOTAK MERAH diteruskan smpai malam aku duk search kat YOUTUBE
lagu2 lama masa juara lagu
sajer dengar balik yang lelama
last2 ntah camner..aku teringat soundtrack citer MUKHSIN
terus jadi syahdu sikit bila terkenangkan ALLAHYARHAM Yasmin Ahmad
bagi aku filem2 arwah menarik jugak sebab arwah suka melihat sesuatu fenomena dr perspektif yang berbeza
antara soundtrack dalam filem MUKHSIN yang mencuit hati aku
aderlah lagu O RE PIYA, ne ma quitte pa dan keroncong hujan...suker sangat2 ketiga tiga lagu tersebut
ne ma quitte pas- bermaksud DON'T LEAVE ME..sedih plak biler dgr lagu nie..sob..sob..srottt (bunyik ingus)~~~~lalalallalalalal~~~~~
another song by fateh ali khan..dgr citer penyanyi nie ustaz...dengar sekali tak best..tapi biler dgr banyak kali..syahdu sangat..masa dlm citer talentime best sgt dengar
No comments:
Post a Comment