6/10/2014

I WILL SURVIVE!!! YEAhhhhhhhhhhhhhhhhhh

 Alhamdulillah dah hampir 3 bulan (15 Jun ni genap 3 bulan) dalam kursus kadet PTD Bilangan 1 2014. Memang hectic + Busy+ kadang2 aku mereng dan blur sebab tak cukup tidur....haha.... but I JUST LOVE IT!!! DAMN LOVE IT!!!
Supposedly I am in the POLICE MODULE right now but perunding latihan dan DOKTOR mengisytiharkan aku tak layak sebab kaki terkehel + ligamen sprain. I AM SO SAD sebab aku dah pun kemas baju utk ke modul polis. Semua ada hikmahnya....ALLAH knows BEST.

Dah alang-alang free plak harini padahal dalam hati meronta dan meroyan nak melompat gi maktab PDRM Cheras sekarang jugak akan ku coretkan serba sedikit perjalanan aku sepanjang 3 bulan ni...byk suka duka serta pengalaman yang tak ternilai sepanjang berkursus barupun 3 bulan. Hari pertama kursus macam biasa pendaftaran dan hari kedua terus kami di bawa masuk HUTAN....hoho iaitu sesi GI (Group Integration) di Kalumpang.

 What we did in KALUMPANG (actually byk but I summarized yang I ingat jer k :P )
  • merentas desa
  • jungle tracking (3-4 hours if I am not mistaken) sambil treasure hunt....taknak rasa letih
  • night walking tanpa lampu suluh yer...hanya ketua dan dua ahli kump yang boleh bawak lampu suluh
  • solo night walk
Dalam banyak2 ni paling aku nak HIGHLIGHT....SOLO NIGHT walk tuh.... pergi berpasanngan dgn kawan,,,jalan ditemani cahaya bulan mengambang tanpa torch light about 2km....sekali balik...HAMEK KO...jalan sorang2....

Masa pergi aku ok lagik sebab dieorg buat pelbagai gangguan sepanjang kami berjalan...ada bunyi bayi menangis, orang mengilai,,,ada org duduk tgh jalan...masa pergi aku dah set ni semua kerja manusia,...so aku dapat tenangkan partner aku coz partner aku jenis yang cuak jugak...kuat dia genggam tangan aku bila perasaan takut dia datang....

Sekali bila balik dieorg lepaskan kami sorang2. OMG dalam hati aku mampoo ke aku? pastu sebab kami antara yg terawal sampai..kami dilepaskan paling lambat..hampir 2 jam tunggu...saluran pundi kencing aku dah tak terkawal nak terkencing...dgn selamba aku angkat tgn " TUAN LEPASKAN SAYA JALAN DULU..SAYA NAK GI TOILET NI"

sepanjang jalan aku jalan punye laju..dan disebabkan kami dilepaskan sorang2..mmg aku tak nampak sape depan aku..sepanjang perjalanan mmg aku nampak ada lembaga, ada bunyi burung hantu macam2 sebab mmg kami akan diganggu tapi semua tu aku tk peduli dah sebab yang penting aku sampai ke destinasiku iaitu toilet..haha

sekali ada plak lembaga putih lalu hamik ko,,,serius masa tu rasa nak sepak kat hantu tuh sbb aku dah nak kencing...nasib dia lalu tepi tapi tak melintas depan aku. kalau lintas mmg makan penyepak malam tuh.





Last2 punyalah laju aku jalan jalan atau lari aku tak sure sampai aku nampak kawan sekadet depan aku..budak tu dah gelabah ingat aku hantu ikut dia...nasiblah dia nampak aku potong dia....terus nampak tandas aku berlari....HAHHAHAHHAAHHA,,,


Memang best sgt group integration di Kalumpang dan kami jadi rapat macam adik bradik after habis GI 5 hari tersebut. Hari last kami main treasure hunt berdasarkan bahan utk memasak dan antara tasknyer ialah  tangkap itik utk dijadikan bahan pertukaran dgn ayam yang bakal dimasak. SISTEM BARTER gituh.
maka inilah aksi bergambar DUCK FACE dgn ITIK yang aku namakan SOFEA

SOFEA PUN PANDAI SELFIE???MAMPOO???

Maka tamatlah sudah modul pertama iaitu GI.Kemudian kami KEMBALI KE INTAN WILAYAH TENGAH (INTENGAH). Seperti biasa hanya malam je baru dpt duduk di bilik selebihnya kami di INTAN BUKIT KIARA utk modul perlembagaan dan jentera pentadbiran negara. Back to DRY MODULE,,,sebelum aku sambung utk module yang mengujakan next entry....saksikan TEASER ini dulu


 I will talk about this later because it was a very fantastic journey  :)