10/22/2014

Blogger yang Dikagumi - Sebab tak mampu nak KAGUM dengan diri sendiri : taip sambil nangis:


 Terlebih dahulu sebelum saya mengarang dengan gigihnya. Saya ingin mengucapkan sekalung TAHNIAH pada kak Nadot sebab menganjurkan contest sebegini. Ternyata objektif ketiga beliau telah tercapai iaitu

  • membantu rakan blogger yang mungkin kekurangan idea untuk mengupdate blog supaya boleh mengupdate blog dengan menyertai contest mudah ini (Terharu tak dengan tujuan murni aku?)
Memang sangat murni usahamu itu wahai sis Nadot sebab aku sekarang dihujani assignment yang melambak dah kenapa aku gigih masuk contest sedangkan assignment aku tak siap lagi ni :sambung nangis:

Maka arakian sukacita saya dengan rendah hati mengumumkan bahawa Blogger yang saya kagumi di abad Millenium ini adalah Blogger Abang Ensem walaupun dia tak berapa nak ensem sangat kerana tanpa Abang Pinky Ensem ini siapalah aku.
Bagi yang belum mengenal abang ensem silalah berkunjung ke blog beliau yang serba PINKY itu. But WHY HIM????http://abangensem.com/



-

--

---
----

-----
------

-------
-------

---------

----------
-----------

------------ 

1. SEBAB DIA SEORANG USAHAWATANAH (USAHAWAN HARTANAH) YANG BERJAYA
Aku anggap Abang Ensem ni berjaya sebab ada banyak rumah sewa yang boleh mendatangkan SUMBER PENDAPATAN pada beliau yang mulanya dijalankan secara PASIF tapi akhirnya dah boleh jadi sumber pendapatan UTAMA beliau sekarang. Selain merupakan USAHAWATANAH yang berjaya beliau juga merupakan USAHAWABLOG yang sangat terkemuka. Al maklumlah dah famous di kalangan blogger di MALAYSIA ni  sebab dah menang ‘Favourite Business Blog 2013′ dan ‘Malaysia Best Business Blog 2014′. Korang MAMPOO???


2. GAYA BELIAU YANG SGT PINKY dan SEMPOI.



Don't judge a book by its cover, itulah perkataan yang terbaik untuk menggambarkan keperibadian dan ketrampilan Abang Ensem ni, Sewaktu aku berjinak-jinak dalam dunia hartanah dan dicadangkan oleh kak Nadot untuk menyertai seminar beliau, aku membayangkan beliau seorang yang penuh dengan PROTOKOL DAN SKEMA seperti ini
Tetapi beliau dengan sempoinyer hanya berJERSEY dan menyampaikan seminar dengan penuh TENANG dan SANTAI - harapan aku Abang Ensem tak kembang montot hingga koyak seluar baca statement aku ni.
 
Nampak tak beliau yang begitu sempoi itu, waktu seminar yang aku  hadiri tu sesinya sangat SANTAI dan langsung tidak MENGANTUK ok. Lagi satu, aku selalu anggap bidang HARTANAH ni susah tetapi waktu beliau sampaikan pengalaman dan ilmu beliau terasa terus nak beli 100 biji rumah lepas seminar tersebut :ok ni tipu:


3. KAGUM SEBAB DIA MENJADI PENGGALAK KEPADA BUMIPUTERA SUPAYA JANGAN GENTAR MENCEBURI BIDANG HARTANAH.

Terus terang aku katakan yang bidang HARTANAH ni selalunya sangat sinonim dengan kaum Cina. Aku tak sangka dan tak percaya pada mulanya ramai juga kaum MELAYU yang terlibat dalam dunia HARTANAH ni. Lepas ikuti seminar Abang Ensem rupanya memang ramai USAHAWATANAH MELAYU :jakun sekejap aku:. Tahniah aku ucapkan kepada Abang Ensem dan rakan-rakan yang sama waktu dengannya kerana berjaya membuka minda dan sudi berkongsi ilmu bagi memajukan orang MELAYU.




 4. TULISAN DAN PERKONGSIAN ILMU YANG SEDIKIT GATAL DAN KELAKAR

Cara  Abang Ensem ni berkongsi tips secara tulisan mahupun lisan sangat KELAKAR dan GATAL okeh.Dia sgt suka gunakan AWEK sebagai UMPAN dalam lawak dia. Tapi aku percaya dia seorang yang sgt setia (nampak tak unsur2 bodek kat sini).Sebab aku selaku GEN Y ni memang kene pendekatan macam ni. Kalau sesi perkongsian ilmu yang too formal dan rigid, jawabya aku sadakallahulazim.... tidoler...huhu. Sila teruskan penyampaian sebegitu wahai Abang Ensem.

 
 nampak tak elemen kegatalan beliau dalam gambar diatas?? ampun Abang Ensem 


Last but not least aku nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana hasil pertolongan beliau aku dah berjaya memiliki sebuah rumah dan telah pun disewakan.Aku minta maaf tak dapat lagi nak belanja beliau sebab lepas settle je hal rumah aku terus merana kerana terkurung berkursus PTD setahun : ampun buat kali kedua ye Abang Ensem. Aku keluar tahanan nanti aku belanja.

 

Sekian sahaja coretan daku buat masa kini sempena Deepavali  Contest Blogger Yang Dikagumi ini dianjurkan oleh Nadot.my dan ditaja oleh Ejam Othman & hey.my). Sampai bertemu di lain masa. Aku sayang sangat korang semua. Doakan aku sukses macam Abang Ensem dan kak Nadot.

6 comments:

Nadot said...

hahahaa...stress membayangkan betapa akan kembangnya bontot AE baca entry ni... tq join su! :)

abang ensem said...

Gua pasrah

Invisible Me said...

All the best ;)

JMR said...

ni kalo abg ensem baca, kompom senyum smpai belakang ni..

Admin said...

Macam kenal je gambar memula tu .. hehehe ...:)

Kak Yatiadam said...

sememnagnya ia perkongsian yg sangat baik.. tq ats entri anda ini. jemput blogwalking di www.yatiadam.com