9/26/2011

ALLEYCATS TAIWAN


ngeeee..Bertemu lagi kita dalam segmen BERSAMA ALLEYCATS di TAIWAN......motip????
tajuk di atas takder perkaitan sebenarnya antara satu dengan yang lain okeh
actually hari tue dah janji dgn korang yang iols nak tunjuk gambar2 konsert alleycats kan???
sebenarnyer dek-dek non dan abg abg non semua
iols sangatlah tak sangka smpai hari ni ala2tipah tertiputipah terkujat lalu pitam tersembam di bawah tangga sbb sepanjang mak menceburkan diri menonton konsert dan teater kat IB
tak pernah mak dpt naik PENTAS BERTARAF DONIA tuh(dieorg kata bukan iols kater okeh)
Tapi di malam nan berbahagia pada tanggal 16 september (HARI MALAYSIA LAGIK OKEH)
berjaya akhirnya berada di pentas keramat ituh


mohon bertabah untuk adegan skroll ke langit merah bawah macam biasa
-

--

---

----

-----

------

-------

--------

----------

-----------

------------

-------------

--------------

---------------

(cuba kira berapa tanda dash iols telah buat untuk melengkapkan garisan di atas???
motip nak kene lempang tanya soklan bagai walhal org lain nak tgk gambar...sabar yerk :P)

JENGGGGGGGGGGG!!!!
hamik...gambar ala2 POSTER gituh (wajib katanya poster ginih)

Sebelum ke gambar seterusnya....bagiklah can iols bebel bebel dulu..ngeee
KONSERT nie memang best..macam tak percaya DATO DAVID ARUMUGAM tue dah 61 tahun
motip sore sedap gila tak berubah langsung..nyesal tak tanyer soklan masa atas pentas tuh
BAGAIMANAKAH DATO MENGEKALKAN KESLIMMAN BADAN MCM PAPAN KEREMAJAAN SORE ???agak2 dia kasik tips taks?
ini pulak gambar berdua ngn dato...sabor jerlah dato terpaksa bergabung tenaga lontarkan vokal sbb iols pun nak menjerit SETARAP ngn dia okeh...UOLS MAMPOO??:matilaa perasan artis:
-

__


___


_____


______


_______


________


__________

________________________



(saja tak buat dash dah..takut korang gegeh kira...ngehhh)

p/s: sebenarnya tajuk atas sebab aku nak citer satu lagik entry pasal TAIWAN..bukan aku pi taiwan tapi pasal aku gi makan kat LITTLE TAIWAN..ok gak...nantilah sambung keh...penat....yahampun

9/20/2011

ALLEYCATS..oppps...JUST on the track (ader kaitan ker????)

kalau korang perhatikan post aku sebelum nie.....haruslah tahu aku tgh gegeh nak back on tack kan??tapi apekah kaitannyer dgn ALLEYCATS khen????MOTEPPPPPP??

kalau korang tak kenal saper ALLEYCATS meh mak gegeh tampal gambar ikhsan dari mokcik google
hah gegeh mak GOOGLE versi itamputih lagik...kumpulan nie memang terkenal sebagai kumpulan bukan melayu yang mencetus FENOMENA kat MALAYSIA kita nieh..sbb lagu2 mereka semua MELETOP....korang mesti tau kan lagu2 berikut:-

  • Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi
  • Nota Terakhir
  • Seribu Bintang
  • Andainya aku pergi dulu
  • Kuala Lumpur
  • Suara Kekasih
  • Setahun Sudah Berlalu
  • Layang-layang Terputus Talinya
  • Kerana

dan bla-bla....dalam banyak2 nie..lagu TOUCHING ios aderlah lagu SERIBU BINTANG....amat mendalam maksudnyer okeh utk iols yang kadangkala sensitip nieh(haper ingat mak takder perasaan ker??..sob..sob..sob)
sebenarnyer iols sempat ke KONSERT SAMPAIKAN SALAM alleycats..rezeki terpijak uols..memang awalnyer ader plan gak nak tgk....tapi pas raya bajet sengkek...nangeh...tapi kalau dh ditakdirkan dpt juga akhirnyer IOLS TENGOK...REJEKI okeh
untuk gambar2 susulan iols post nanti2 keh.....nie INTRODUCTION katanyer.....


p/s:ALLEYCATS bukan bermaksud= kucing2 ALLY ISKANDAR hokeh...yahampunnnn


emudian kembali ke tajuk asal entry(takder kene mengene ngn alleycats dah)

skrang rasanyer just on track...last workout was on last SUNDAY....just did some movement before pergi GATH ATM(Ask the Men) with forumer CARI.COM(nak nampak gojes kekdahnyer)
then hari senin plak iols poser....harini patutnyer poser tapi malas sbb travel back from Temerloh to KL..insya allah esok sambung lik...and I'm finally done with this workout for today
PUSH ME by ZUZANA

then continue plak dgn zumba dan abs movement sikit.......esok nak poser plak..maybe hari jumaat sambung workout semula...dgn harapan lepas makan macam2 kat umah terbuka...iols tak jadik ginih.....


YAHAMPUN!!!!! :pitammmm:

9/12/2011

SYAWAL COME BACK!!!!

BACK in action katanyer uols......
bulan ramadhan lepas iols dh banyak menyasar..29 hari poser..5 hari jerk mampoo workout
HAZABEDAH sangat okeh..actually iols busy terlampau uols semua......tapi masa nak melantak sakan bershopping kat jalan TAR, SOGO sambil cuci mata bagai aderlah plak kan..choyyy!!!

meh layan dulu gambar orang berpusu pusu macam semut hurung cupcakes dekat JALAN TAR..takder yer gambor glemer iols dlm tuh..so tak payah gegeh skodeng bagai..tapi kalau nak tengok jugak gambar tuan tanah kedaung a.k.a. empunyer blog..meh...sini meh
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

oppss..saborlah...sekali sekala nak gak fefeeling retis okeh..skrol gik cket
-
-
-

-
-
-



-
-
-
-
-
-

(penat mak okeh type..enter..type..enter..type ...enter.... bagaiiii)

hah..ginilah lebih kurang muka tuan punyer blog..
100% sama part tudung sajork...yang lain tue part tahi lalat kat bibir 10% sama.....
yang lain2 palak hanya o.ooo1 % saja yang sama...voley???
(matilaa keterangan yang menanti seranah..yahampun)

so sempenaa syawal nan mulia ni iols dah tanamkan azam baru iaitu

* WANNA INCREASE MY FREQUENCY OF WORKOUT
* GET BACK TO CLEAN DIET&BALANCED MEAL

(curlast tak bahasa omputih ahkak??)
setakat nie dah berjaya buat JM1, JM2 ngn zuzana workout



tapi motip bila balik umah tengok ader mcm2 atas meja

LAKSA SARAWAK yang MENGGODA IMAN




+





PULUT KUNING NGN KARI SIAP.....


mampoo kah korang menahan godaan anak tekak ngn usus perut?????



nangessssssssssssssssss





P/S: TAPI KAN AKU BERJAYA MAKAN SKIT JERK TAU

burpppppp (alamak kantoi sendawa plak :P)

9/04/2011

INDAHNYA BERAYA DI DESA


Ya Allah...hampir bape rbulan tak dapat nak jengok blog
usahkan nak bersihkan sawang mahupun update new entry
bukak lappy pun jarang
very hectic in RAMADHAN month
talking about workout???HAZAB yahamat wehs...5 kali jerk mampoo
nasiblah tahun nie nyaris dpt puasa penuh(ngeeeee)
seronok sangat raya tahun nie
ALHAMDULILLAH pada Ilahi kerana raya tahun nie menemukan iols dekat kawan lama
baik kawna tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, MRSM dan lain2
tetibe rasa nak nyanyi lagu tajuk entry nie

http://www.youtube.com/watch?v=hlwGBmuDGMs

Indahnya Beraya Di Desa

Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia

Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usaha 'pakar' hati orang tua


Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri
Bergembira


Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya

Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan


Namun dalam kemeriahan menyambut raya kita dikejutkan pemergian seorang WIRA negara yang terkorban dalam misi keamanan di SOMALIA.....al fatihah buat arwah..semoga pengorbananya membawa keberkatan buat beliau di sana amin...
namun kita di sini perlulah bersyukur tatkala kita meriah dgn gelak tawa saudara mara serta sahabat handai menyambut raya, mereka di somalia menahan lapar dan menahan diri drpada jangkitan penyakit akibatpergolakan negara mereka
semoga kemeriahan syawal dpt mendekatkan kita kepada pencipta yang ESA dan menjadikan kita manusia yang lebih bersyukur

*gambar sekadar hiasan(motif??)


p/s: iols sempat gi JLN TAR bershopping 2 kali jahs tahun nie sebab busy yahamat...nangessss