11/27/2011

HAMEKKKKK sekali idea mencurah-curah



sebab iols rasa last entry iols hrtue tersangatlah lamanya
DEMAM BOLAlah katakan sebab tue cuti bersalin panjang drpd mengupdate blog
(ader kene mengena ker...cakap jerklah ko mmg ketandusan idea sudahhh)
so sebab dh lama tak mengupdate iols kumpulkan kesemua manuskrip utk peminat tegar iols uols semer keh

memula nak citer iols sempat jumpa bung aaron aziz kali ke-10 menonton teater BADAI SEMALAM
walaupun novel nie bukan masa zaman iols,
tapi sbb promosi besar-besaran and mostly pelakon dia yang berbakat
maka timbullah minat nak layan jugak
iols malas nak citer sinopsis dia tak larat okeh nak taip
cuma iols TERKESAN semasa lakonan ibu(Ziela JaliI) dan anaknya ERRA(sebagai Mazni)
sebab pengorbanan Mazni yang sanggup berhenti sekolah demi menjaga ibunya yang sakit.Babak menangis dan menjerit-jerit antara ibu dan anak memang menyentuh jiwa...
terus rasa teringat kat mak iols di kampung
dan mesej yang iols dpt drpda cerita nie....walau apapun status kita...takkan jadi penghalang utk kita terus MENIMBA ILMU.....ibukah, isterikah,warga emas sekalipun...DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN..asalkan kita tidak mengabaikan tanggungjawab yang sedia ada......
tagline teater nie pun, CITA-CITA, CINTA & PENGORBANAN

mohon abaikan pipi ols yang bulat semangkuk tueh:meraung:

komen iols utk teater nie: gegeh nak komen gak..ngeh..jalan citer agak meleret sikit...rasanya ader scene tak perlu pun dimasukkan..so agak DRAG dan MENDATAR.kalau dibandingkan dgn NATRAH..iols lagik prefer NATRAH lah sebab jalan citer dia ZAP ZAP ZUP.....tak drag sgt

motip tetiber letak gambar KARIM a.k.a. bung AARON???


p/s :mesej ni boleh juga diaplikasikan utk diri iols sendiri yang masih menuntut lagi nie...CHAYYOK!!!


skang nak citer plak sambutan MAAL HIJRAH....salam tahun baru untuk kita semua...semoga kedatangan tahun baru ISLAM nie membawa kebaikan untuk perjalanan mendatang bagi kita semua...amin

kalau sebut maal hirah aper korang ingat????
iols dulu dr darjah 3 kots telah melibatkan diri secara aktif dalam NASYID
kelas sgt mak khen?sbb tue smpai besor giler microfon
jadi SOLO lagik uols (bocor rahsia yang mak simpan bertahun-tahun)
ingat lagi lagu wajib nasyid= MAAL HIJRAH a.k.a. SATU MUHARRAM
meh iols tempek ckit lirik
1 muharram detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan ummat islam
dari kota MAKKAH ke kota MADINAH

bila time nak sambut maal hijrah jerk..memang sibuk semua praktis nasyid
seronok sgt wlpun kenelah pantang minum ais, pastu if sakit tekak kene telan air asam jawa..jaga sore kalah artis ternama uols.....

gambar sekadar hiasan okeh..iols nyanyi tak muncung2 sgt gituh..aurat katanyer

then iols bersara(motip bersara???choyy)lama dr bidang nie..tapi kalau dah JODOH tak kemana kan?
masa kat UM dapat jugak meneruskan perjuangan dgn menyertai PASUKAN NASYID KOLEJ KE 8..dptlah lepas gian okeh

tapi bila dah makin kertu dewasa nie...kalau takder sambutan atau cuti umum,,dah tak terasa kemeriahan TAHUN BARU ISLAM nie...harap kita sentiasa ambil peringatan dan buat yang terbaik untuk membangunkan ummah..insya allah
so sebab iols cuti lama sempena maal hijrah nie..iols bertekad kembali ke pangkal lengan nak jaga kesihatan dengan WORKOUT>>WORKOUT>>>>WORKOUT


maka harini berjaya buat

cardiokickboxing dengan ahkak JILL

dan tambah plak dengan ZUZANA Full Body Workout

yang zuzana nie iols paling fail buat ONE LEG CRAWL..hazab hokehhhh :meraung:


eh eh silap...ini baby belajar merangkak uolsss



yang ini okeh























UOLS MAMPOO TAK BUAT 15 x setiap kaki???-soklan cepumas harinie



11/22/2011

SAYA ANAK MALAYSIA!!!!!!

patriotik

penuh semangat

rasa nak melompat bintang 500 x tanpa henti sampai esok pagi

rasa nak jerit kuat2 lagi 50 kali GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL


sebabnya






















KITA JUARA!!!!!!


tolong jgn ckp korang tak tau paper kita juara apa???apa jadik semalam....
OMG
* kalau betul2 taktau search sendirik..motip itupun mak nak kene ajor...hazabedah sangat!!!!*



YESSSS!!!!




tak sia2 iols menunggu depan tibi seawal mungkin, tak sia2 menjerit jerit kalah org histeriasampai satu blok leh dgr kot jeritan iols..maaf yer jiran2ku

itulah jadinya bila FEMFUAN tgk bola yerk kawan2.


walaupun iols bukanlah peminat MU, LIVERPOOL, ARSENAL. mahupun AC MILAN
tapi demi MALAYSIA tercinta terusbuntang segar bugar bijik mata tunggu depan tibi sampai pukul 12

untuk pengetahuan semua,iols bukan peminat bola tegar...
tapi gegehlah jugak iols nak komen sikit tentang permainan semalam drpd kaca mata pengulas amatur macam iols nie

- kedua-dua pasukan memaparkan permainan yang sgt hebat bagi iols...cuma serangan indonesia yang bertubi-tubi buat jantung iols dup dap dup dap okehhh......nasib tak masuk ICU semalam.....tapi bila bola tendangan INDONESIA berada di gawang gol MALAYSIA ia bermaksud-MARABAHAYA...sbb bola mereka sangat laju+ sharp..BERDESUP GITUH uolssss..sakit jiwa bila tgk bola dapat dekat OCTO mahupun DIEGO mahupunPUNAI...BONAI


-kadang2 pertahanan MALAYSIA terlampau leka sebab membiarkan FAHMI jerk bertungkus lumus di GOL (walaupun tu mmg tugas dia )iols tak bekap mr APEK ok.....cuma pertahanan janganlah rasa SELESA tapi harus sentiasa berwaspada.Tahniah mr,apek kerana memainkan peranan terbaik utk menjaga GAWANG GOL MALAYSIA
walaupun hakikatnyer sebelum ni aku hanya baca gosip tentang ko bukanlah tgk ko main sgt.


-STRIKER malaysia kene belajar lagi teknik...sebab bola yang ditendang kalau dibandingkan dgn bola dari INDON...memang jauh beza....INDON..zap ..zup..zap..dan very the laju ala2 kelajuan cahaya uols---->giler penipu ayat iols nie

- secara keseluruhannya kedua-dua pasukan bermain BERHEMPAS PULAS dan itulah semangat yang kita idamkan


terima kasih kepada seluruh RAKYAT MALAYSIA yang memberikan sokongan padu utk HARIMAU MUDA semalam!!!! tepukan utk diri anda juga

utk HARIMAU MUDA:piala anda piala kami kemenangan anda juga kemenangan kami


p/s: maka harini dan2 buat workout lebih sikit..semangat bersukan katanyer...korang MAMPOO???

11/09/2011

MAK HENSAPPPPPP :(

dan dan kan tajuk gituh
hensap kebendanyer nonkalau masih pakai baju kadang2 ketat gak nak2 kat punggung
entry harini lari ckit dr tajuk fitness..korang mesti suker kan
yerlah minah nie asyik membebel2 pasal fitness senaman bagai tapi tak kurus2 gak ---->aku tau nie ayat korang kan:P

haritu kan (bulan lepas kot mak tak hengat tarikh dah)
I went to wedding course(kursus kahwen-dan2 ko nak cakap omputih plak kan???motip?)

kalau korang perasan entry aku dulu2 (masa zaman jahiliah katanya uols)
berangan nak bertunang pun nak GRAND bagai(siap berangan mini pelamin)
then ader gaklah aku paste baju2 pengantin semua...curlast sangat
ala2 nak wedding kalahkan MEMEY NGAN NORMAN yang mahal sebab sponsor banyak sajork
gambar sekadar hiasan katanyer
(motip kipas ala2 pelepah kelapa?? warna pink lagik..mampoo?)
macam takder org lain ko nak mik contoh kan...norman ngn kemek jugeks...yahampun


what did I learnt from the course????(kursus kawen tuelah)

  • banyak budaya dalam majlis perkahwinan sekarang ini yang bercanggah dengan agama(sebagai contoh buat majlis grand2 dgn tujuan bermegah....dan adat bersanding yang diambil drpd agama hindu(yang nie iols pun dh tau tapi berangan nak buat jugak dulu2)yang berinai corak2 tue pun jth haram hukumnya kalau buat corak2 binatang bagai

  • pastue terasa bila ustaz ckp ader yang tukar2 baju malam berinai sampai nampak pusat bagai(agaknyer pengantin tue pakai sari kots..haha)iols pun pernah berangan nak wat gini..ngeh..tapi bila pikir2 balik tak jadik plak :P,tapi rasanya kalau nak tukar2 just suka2 dan masih menutup aurat tak salah kan?

  • dan pertunangan adalah RAHSIA manakala perkahwinan perlu dihebahkan....tapi skang dh terbalik kots..orang NIKAH diam2 jerk tau2 dah preggy (hehe siapakah??) tapi bila bertunang satu donia canang kan

hurm..banyak gak iktibar yang dpt diambil dari kurus kahwin nie(mohon bacer dgn nada insaf)
bukan sahaja bab2 rukun nikah atau pernikahan diceritakan utk peringatan bersama tapi bab2 IBADAH, AKHLAK juga tidak dilupakan..
so dapatlah ingat balik bab2 FARDHU AIN yang mana terlupa tue kan...
tapi yang iols nak tekankan kepada anda2 semua termsuk diri iols sendiri
apa yang penting
KEBERKATAN PERKAHWINAN tersebut bukan sejauh mana "KEGRANDNAN MAJLIS"
dan yang kita patut sedar sedari awal perbelanjaan pas kahwin kene run smoothly..takder nak berhutang bagai
hatta sampai susu sanak pun terpaksa pinjam duit orang

akhir kata RENUNG RENUNGKAN

p/s : agak2 korang muntah hijo tak kalau aku buat kad pernikahan aku edarsatu Malaysia, Brunei dan Indonesia?? USA JAUH SGT ..mak tak mampoo
(matilaa tadi kata nak buat simple jahs)
ini contoh kad kawen aku nanti ekk(CONTOH)



LARIKKKK!!! sebelum kene lahar

11/04/2011

Marilah Kembali ke Pangkal Lengan...oppps JALAN

Harini iols sajer nak share dgn uols semua...hasil kerajinan iosl(rajin ker???)berjaya gak buat workout wlpun berselang gak 3 @2 hari..tapi harap pasnie bleh buat hari2 macam dulu(inilah namanya fasa kembali ke pangkal lengannnn..opssss jalan okeh(motep nak buat peribahasa sendirik??)
Maka berikut adalah laporan senaman saya pada minggu lepas dan minggu ini(haha sekema nak mampos ayat)
  • 28 th October 2011: JM Level 2 with 4lb dumbbells....add up 1 more set of ZUMBA

  • 31st October 2011 : No more trouble zone(NMTZ)JM 1st circuit(toning) + 1 set of ZUMBA(cardio) + another 1 circuit of JM NMTZ

  • 2 November 2011 : 1 set of lower body workout+ 1 set of ZUMBA and finished with PILATES thighs

soalan untuk peminat-peminat semua: APAKAH PERSAMAAN YANG ANDA DAPATI DALAM laporan di ATAS?????







TETTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT





masa tamat




hah????aper persamaannyer beb???nak baca blog nie kene asah minda gittew
:matilaa kengkonon blog ilmiah khen:






jawapannyer


semua ader perkataan ZUMBA

maka gigihlah korang nak google ape kebendalah mak nenek ZUMBA tue kan???
aderkah adik beradik ngn ZOMBIE KG PISANG???

atau aderkah adik beradik ngn lagu ZOMBIE nyanyian the cranberiesss????





OHHH TIDAKKKKKK!!!!


inilah ertikata zumba kalau korang cek kat wikepedia :
Zumba is a Latin-inspired dance fitness program created by dancer and choreographer Alberto "Beto" Perez in Colombia during the 1990s.

Zumba involves dance and aerobic elements. Zumba's choreography incorporates hip-hop, samba, salsa, merengue, mambo, martial arts, and some Bollywood and belly dance moves. Squats and lunges are also included.


hah aku rasa jawapan nie menepati citarasa aku..sebab memang yang aku nak tekankan kat sini ZUMBA adalah TARIAN UNTUK KESIHATAN....so banyak pergerakan dlm workout yang kalau kita buat tanpa muzik akan rasa hazab yahampunnn macam squat nie

ala2 mencangkung gituh tapi taik tak keluar-keluarr

dan juga macam pergerakan LUNGES nie

tapi bila workout sambil menari goyang montot dengan tarian ZUMBA

semuanya BAGAIKAN SEKELIP MATA(curlast ayat ko jahs)

maka marilah berzumba demi kesihatan mereka dan keluarga mereka


p/s: kenapa aku suka zumba...sebab kdg2 bila dh lama tak workout lemau semacam...so biler buat zumba automatically semangat senaman dtg sebab zumba nie seronok...bleh search kat youtube jahs video and download keh :P