4/01/2011

MAAP kerana MEMBUAT SAWANG

Dari lubuk hati iols..iols memohon jutaan maaf(motip sgt ayat2 ala2 artis salah laku gituh)
lately nie busy sangat uols..tak sempat nak menghapdet blog
balik jerk nampak lappy..nampak katil
harus pilih katil
kalau pilih lappy jawabnyer tak hengat katil
kalau tak hengat katil=tak cukop rehat= tambah sawang lagik kat blog nie


maka iols teruskan dengan penceritaan selaku penkritik TEATER yang nan hado

TEATER TKC (Terima Kasih Cinta)
kalau uols hengat di entry lepas iols ader berikan janji palsu utk bagi review
makan JANJI HARUS DITUNAIKAN okeh

layan dulu poster TKC
nampak tak 5 pasangan tuh....nie bermaksud 5 kisah cinta
kalau uols tgk filem CINTA by Khabir Bakhtiar
cerita nie diadaptasi dari FILEM tersebut

so haruslah mak kembali ke bahasa skema,kalau bagik ulasan iols tak pandai nak guna bahasa sempoi okeh...dan2 jadik serius gituh khen....

penceritaan teater ni banyak bermain dengan emosi dan perkataan CINTA itu sendiri
bukan setakat CINTA antara kekasih..tetapi CINTA sesama saudara
dalam tetaer ni dapat dilihat
KASIHnya seorang KAKAK terhadap ADIKNya(disampaikan watak DEJA moss sebagai kakak, ANDING AF sebagai adik)
CINTA yang lahir secara tidak sengaja walhal bermula dari perasaan simpati
walaubagaimanapun semuanya dapat disampaikan dengan baik
dan mesej dapat disampaikan
turut ditonjolkan kisah CINTA yang tak kesampaian..dan berakhir dgn penceraian
namun cinta itu tidak dapat menafikan kasih sejati anak dan ayahnya

secara keseluruhan saya amat berpuas hati dgn mesej yang cuba digarap dalam TKC
penyampaian nyanyian dan penggubahan muzik amat MENARIK sekali
lagu yang digubah semula seperti lagu MATA-NORKUMALASARI dan CASEY-SERIBU IMPIAN
sangat memikat dan koreografi tarian juga MEMUKAU
pujian harus diberikan kepada bakat baru seperi NADIA AQILAH
mesti korang tak kenal..atau kenal muka....so aku tempek ckit gambor sheols

dia nie mmg berbakat(antara drama lakonan beliau ialah EMIL EMILDA, MERAH PUTIH dan TARI TIRANA) selalunya dia tak jadik heroin tapi watak dia lagik menyerlah dr HEROIN...kesyian heroin khen.....
agak tersentuh jugak cinta mkcik rubi yang dilakonkan safura, dan cikgu elyas yang dilakonkan LATIF IBRAHIM....suara pak LATIF masih POWER seperti dulu..bila dia bukak mulut nak nyanyi jerk..semua org tepuk tangan..berdiri bulu romaku dengar sore pak latif......
makcik rubi sangat sayangkan cikgu elyas wlpun tahu hakikatnyer cikgu elyas mengidap azheimer....selalu luper a.k.a. nyanyuk gituh..kalau korang MAMPOO????
iklan kejap gambar cikgu elyas ngn mkcik rubi

tapi tiada yang mustahil dalam kisah CINTA SEJATI kan...sebab tue ader kisah ROMEO dan JULIET juga SHAH JEHAN dan MUMTAZ...tap perlu kita ingat cinta ini tak bleh menandingi kecintaan kita terhadapNYA kerana lambat laun kita akan kembali ke sana

Teater kedua yang iols nak kasik review plak adalah

LAT KAMPUNG BOY

walaupun iols bukanlah membesar bersama-sama kartun beliau, tapi iols jugak pernah membaca komik kampung boy dan menonton karton kg boy nie kat cenel 611 ASTRO(nie kalau budak2 mmg hapal no cenel nie siap tau tekan remote control nombor ni...haha)
Pada mulanya takderlah teruja nak tengok..tapi lepas dapat tahu dan dengar REVIEW di HOT FM..terus keterujaan timbul sebab
1) Pengarah HANS ISSAC....before this terlepas tgk CUCI...katanyer best....so nk tgh kebolehan HANS plak menerajui TEATER LAT nie..pengarah bersama plak HARITH ISKANDAR..satu gabungan yang mantap iols pikir,...
2) sebab yang mainkan watak LAT adalah awie(Hans kata terus dia teringat awie yang sesuai pegang watak nie sebab bulat..hahahahah)..teringin nak tgk awie nyanyi dna berlakon live gituh

maka last2 minute pun sempat..walaupun tiket agak mahal kalau compare dgn yang iols pergi sebelum2 nie

layan dulu gambor minah sesat dgn kartun2 LAT

sangat menarik dan banyak kelainan dari apa yang iols tonton kali ni
antaranya
- kebanyakan lagu2 teater nie berunsur dialog dan monolog...tapi melodinya menarik
antara lagu yang iols suka ilah DWYL LWYD-mesti nak tau maksudnyer kan???
maksud nyer Do What Your Love and LOve What You Do.....ini adalah pesanan cikgu DATO LAT yang bernama MISS CHEW
kalau korang ingat dalma karton beliau miss chew nie berambut TINGGI dan agak berisi
Hah tue dia Miss Chew!!!!!
-Lagu- lagu lain jugak sangat2 menarik...sebab dalam bentuk dialog....so kita dapat paham dgn cepat perbualan mereka.....
- EMOSI dan elemen KASIH SAYANG jugak diselitkan dalam tetaer nie..tersentuh melihat kasih sayang PAK KHALID (ayah dato lat) yang sentiasa positif dan memberikan ruang kepada anak2 untuk mengasah bakat mereka.Serta mempercayai kebolehan anak2.....turut tersentuh bila DATIN FAEZAh(isteri DATO LAT) meluahkan rasa terpinggir apabila LAT terlalu sibuk dgn kerjaya sehingga dia merasakan lebih mengenali kartun lat drpda DATO LAT itu sendiri
- MOTIVASI- motivasi juga diserapkan dalam teater ini: sokongan yang jitu sebntiasa diberikan oleh ayah dan cikgu beliau tentang bakat yang dimiliki LAT...maka tidak hairanlah dgn bakat melukis sahaja DATO LAT mampoo membawa MALAYSIA ke mata dunia


WAHHHH!!!! kusyuk uols .....bacer review iols nampak
dan tak lupa ini gambar di akhir pementasan
chomel khen awie dgn rambut tuh


BOOLATTT jahs


larikkkkkkkkkkkkkkkk

2 comments:

nisa said...

samala kita..dh lama buat blog bersawang..hihi..wah gi tengok teater TKC..mesti seronokkan..

ctsueraya said...

tulah pasal...haritue jalan2 nak baca blog semua..gi blog nisa...sama rupanya bukak kelab sawang...haha
erm..kat kl nie nisa tu jerklah kejenya, teater, movie , konsert