8/12/2012

PEJAM TAK CELIK CELIK (ooopsss)

Kontroversi okeh tajuk ahkak harini
memang bukan maksud akak nak suruh korang mati
yerklah sebab tajuk entry pejam tak celik2 kan???
cuba bersangka baik sikit uols :P

Sebenarnya tatkala Ramadhan dah berada di penghujung ni, ahkak ingin menyeru kita semua muhasabah diri termasuk diri ahkak yang lemah ni dik non untuk mengingati apa yang telah kita jalankan sepanjang Ramadhan 2012....Seandainya kita pejam tak celik-celik (mati) adakah Ramadhan kali ini merupakan yang TERBAIK pernah kita lalui???

moh kita buat checklist

- Bagaimanakah PUASA kita semua???

adakah sekadar menahan lapar dahaga semata atau puasa tapi melebihkan TIDUR + mengumpat tak habis habis part ni ahkak sentap sangat okeh
*mohon maaf kalau ada TERASA dengan gambar di atas yerk *
*gambar nie plak ahkak yang TERASA uols :P*

atau adakah sekadar menjaga puasa, menjaga solat tetapi masih membazir dgn segala kuih muih, lauk pauk sewaktu berbuka yang akhirnya dibuang???
daripada yang nie jadik begini
1


11


111


1111

11111

1111111
perlukan kita hanya bersyukur jika kita suatu hari nanti ditakdirkan jadi begini
maka janganlah membazir dan ajarlah diri  kita tentang 
erti sebuah KESYUKURAN


bagaimana pula dengan sedekah jariah kita???renungkanlah nasib anak-anak yatim yang berbuka seadanya tanpa keluarga di sisi.sumbangan ikhlas kita pasti dapat MEMBUATKAN MEREKA TERSENYUM

jika tak sempat menghulurkan sedekah kepada anak yatim, berilah kepada mereka yang susah/miskin di sekeliling kita


dan akhir sekali


sempatkah anda meluangkan waktu membaca NASKAH TERULUNG ini



akhir kata: semoga segala amal ibadah di bulan RAMADHAN kita diberkati dan diharapkan kita istiqamah meneruskannya hatta selepas ramadhan sekalipun.Ya allah temukanlah aku Ramadhan dgn Ramadhan akan datang...INSYA ALLAH

curlast gak ahkak buat entry ala2 setajah nie kan..oppsss tak baik riak..tarik balik

No comments: