5/29/2013

KAWEN

Selingan sebelum permulaan entry: gegeh tau nak tgk TOK GAJAH lawan JDT semalam....tapi takderlah eksited pun..motip ditangguhkan..nasib iols tido jah lepas tu #semangattahikucingayam jah#

Baiklah, sebut pasal kahwin/kawen/nikah pasti menjadi hal yang MENGGEMBIRAKAN betul tak?dedulu sebut jerk pasal kahwen mesti kak diba nampak PELAMIN ANGANKU MUSNAH NAN INDAH, BUNGA TELUR, HANTARAN RIBU RIBAN, BAJU MACAM2 PERSALINAN...ETC. Bahkan kak diba pun pernah berangan nak bersanding 9 hari 8 malam...korang HADO???

Tapi itu semua zaman jahiliah dululah kan...sekarang kita bersyukur sebab dah banyak pendedahan tentang syariat dan hukum yang meluas "SYARIAT ITU MUDAH,KAHWIN ITU INDAH,(SIMKII). Ye kalau ikut syariat semuanya memudahkan PERNIKAHAN bukannya menyebabkan lepas kawen ada yang kena kejar dengan along atau ada yang anak dah masuk sekolah tapi utang tak habis bayar lagik.NAUZUBILLAH....


Maka selama 4 jam di seminar SIIKII banyak perkara yang kak diba telah pelajari untuk menambah sedikit ilmu bagi mencelikkan mata hati katanyer....maka akak diba buat sedikit short entry kalau nak cerita yang 4 jam tu 3 hari pun tak habis okeh padahal ko lupa kan sebahagian intipatinya.


NIAT KAHWIN (dikupaskan isu ini oleh Prof Muhaya)

  • Kerana ALLAH
  • Ikut sunnah nabi
Jadi kene betulkanlah pemahaman kita jangan asik ckp "KAHWIN JELA DRPDA BUAT MAKSIAT" Habis lepas dah sah..tak berlaku maksiat tapi kita duk tang tu jugak tak mo solat, tak mo tambah amalan??camne??ini untuk peringatan kak diba jugak...biarlah perkawinan kita jasik ASBAB untuk kita makin soleh/solehah #ha sudah dah jadik setajah plak..ampun#


Prof Muhaya juga mengingatkan para kaum wanita a.k.a. perempuan utk mencari lelaki yang boleh dijadikan IMAM dan jauhkan lelaki PEROKOK (habislah jatuh merudum saham2 smokers pasnieh..ampun)



ustaz don yang gegeh cari mangsa untuk diajukan soklan..berpeluh abang baju biru tau...hehe

Ustaz Don pula macam biasa tak lari drpada konsep HUMORNYA..jadik agak seimbang seminar nieh, PROF lebih kepada keibubapaan dan USTAZ DON lebih kepada cara rakan2....tapi heols memang kelakar okeh + hensem.

Ustaz Don banyak mengingatkan kembali bahawa tidak salah dalam Islam jika kita berterus terang samaada lelaki/perempuan jika menyukai seseorang dan banyak contoh pada zaman RASULULLAH dan NABI2 lain yang beliau ceritakan.Paling tersentuh apabila beliau menginggatkan bahawa:

KITA SERING BERDOA UNTUK DAPAT YANG TERBAIK
tetapi kita perlu ingat yang TERBAIK itu dtg daripada ALLAH bukan daripada diri kita
Jadi setelah kita minta...sama ada BAIK/BURUK yang datang, kita perlu REDHA kerana
 yang TERBAIK itu daripada ALLAH bukan ketentuan kita.

Dan kak diba nak tambah lagik...untuk menjadi manusia yang POSITIF dan menarik AURA2 POSITIF sekeliling kita..cubalah jadi manusia sebegini (untuk renungan kak diba yang jahil ini jugak)

  • Sentiasa memandang orang lain dengan penuh kasih sayang(kasihan jika mereka tergolong dalam manusia jahil)
  • Kemaafan dendam yang terindah (maafkanlah mereka yang pernah berbuat dosa/menganiaya kita)
  • Pemurah 
  • Spritual (sentiasa mengingati allah dalam setiap perbuatan/langkah)
  • Inner Peace (ketenangan)
Nampak mudah kan tapi sukar untuk dipraktikkan??cuma kalau kita tidak dapat buat semua..apa kata kita mulakan satu demi satu betul tak???

dan untuk yang inginkan JODOH, ini tips daripada Prof
yang sebelah prof tu buat2 kenal jerklah kan
  • Doa hendaklah spesifik( nak yang hensem camne. kaya camne, keturunan camne) 
  • Sentiasa melakukan perbuatan yang memberi faedah kepada orang lain bukan diri sendiri semata-mata
  • Yakin dengan ALLAH
  • Disiplin
Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman: “Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.


*panjang plak entry ILMIAH kak diba harini..amacam???*
pasni leh lah panggil kak diba plak bagi seminar yerk...C.A.B.O.T!!!!

gambar sekadar hiasan katanyerrrrr

No comments: