5/02/2013

DIA KEMBALI LAGIK

Iyah,,,,dia kembali lagik. Ahkak diba ni ada penyakit pantang dengar okeh. Asal dengar jerk pasal yang satu ni, mesti confirm nak pergi uols. Terus dan-dan tue jugak kaki gatal jerk nak melangkah ke PWTC. Hah cer teka cer teka...selain MATTA FAIR...apa lagik yang selalu dipamerkan dekat PWTC nun selain perhimpunan agung UMNO


SIAPAKAH GERANGAN SI DIA????

macam biasa kene bilang baper huruf I baru dapat jawapannyer :P


I


II


III


IIII


IIIII


IIIIII


IIIIIII


IIIIIIII


IIIIIIIII
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013 PWTC, 26 APRIL HINGGA 5 MEI 2013, WAKTU PESTA BUKU ANTARABANGSA 2013, BAYARAN MASUK,WAKTU MASA OPERASI,LOKASI PESTA BUKU
tetiap tahun pun rasanya memang venue kat PWTC tak pernah plak dgr tetiba pesta buku buat kat PULLMAN PUTRAJAYA (ko hengat rancangan mastercep ker???)

maka dgn gegehnya kak diba menaiki tren KTM uols demi dahagakan setitis ilmu ke stesyen putra. Kekdahnya malas nak bawak kete bila memikirkan suasana parking dekat PWTC tuh...walaupun dari KTM ala2 kene pusing 360 darjah..apa salahnya exercise kan bila lagik nak bakar lemak berlebihan..lagipun lebih afdhal katanya demi mendapatkan buku tawaf dulu satu round..
kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya : hah sudah siap pepatah uols...:

maka akak diba pusing punya pusing guling2 siap ala industan kat dalam PWTC tuh...dapatlah buku2 yang diidamkan selama ini sampai termimpi mimpi gituh uols

antara hasil rembatan :

hari-hari tau nampak buku ni kat kedai buku terbuka kat GIANT BATU CAVES motip gegeh gak nak tunggu masa pesta buku baru nak beli ahkak diba???

*sila jgn buat speku berkenaan tajuk buku gituh ..bajet sgt org nak tau status ko kan??*

juga sempat merembat buku daripada ustaz yang tersohor kat ASTRO OASIS dengan rancangannyer KALAU DAH JODOH (motip semua cite menjurus ke arah perkahwinan jerk nieh..hampuns)

tak sabar okeh nak baca

ade lagi satu buku tapi ahkak lupa tajuk uols...hampunssss jangan lahar

dan tak lupa booth yang wajib ahkak kunjungi tetiap tahun kalau nasib baik leh gambar ngn artis atau finalist hero remaja..hello perlu ke nak gambar ngn they ols???

BOOTH KARANGKRAF 

rembatlah gak majalah ni..sekali sekala tukar angin monsun timur laut ke barat  daya  uols..
kalau tak dulu2 asyik  nak beli majalah RAPI jah...hehe

*motip tajuk pun 12 bulan madu yang unik??ehem3x*

akhir kata dari ahkak diba sempena PRU ke 13 
membacalah kerana membaca itu jambatan ilmu



jangan plak korang TIDUR di belakang buku tu yerk...choyyy tau!!!

No comments: