sebenarnya selain fitness, salah satu minat iols aderlah SENI
(merangkumi nyanyian, main alat muzik, teater, konsert,gosip artis dan yang sama waktu dengannya)
tahun ni merupakan tahun yang meriah dengan teater terutamanya di ISTANA BUDAYA
bleh klik sini untuk info lanjut http://www.istanabudaya.gov.my/
bercakap mengenai teater, seingat iols dr sekolah lagik iols dah bergiat bukan sahaja sebagai penonton malah terlibat dgn persembahan teater waktu di sekolah menengah
first teater yang iols tgk dekat Istana Budaya adalah berkisarkan tentang pesakit skizofrenia sempena HARI MENTAL SEDUNIA
seingat iols pelakon masa tue HAliza Misbun, Fauziah Nawi dan yang lain tak hengat..kebetulan pulak M.Nasir dtg jugak dgn Marlia Musa...dptlah jumpa they ols sekali
Jadi bila dah duk KL makin dekat dan makin rancaklah aktiviti menonton TEATER
dpt plak geng yang sama minat
so tahun lepas (hujung 2010) berkesempatan menonton teater NATRAH
sebenarnya aku tak tahu menahu tentang kronologi citer natrah ni
ada baca sikit2 jerk
lepas pergi menonton.....jiwa aku sgt2 terkesan dgn cerita ni
memaksa aku carik balik bahan2 lama kat internet untuk sumber bacaan
sebenarnya NATRAH bukan sekadar satu nama sahaja tapi ia merupakan perlambangan BANGSA...Penyatuan CINTA sesama manusia dan CINTA ILAHI
banyak konflik yang cuba disampaikan dalam teater ini
sangat tersentuh juga dgn watak yang dibawa oleh SOFEA JANE sebagai NATRAH di usia 70 tahun...she is still the best..buatkan aku hampir mengalirkan air mata
bakat baru seperti FIZZ FAIRUZ jugak tidak ketinggalan hebatnya
-wahhh, mohtip ulas ala2 pengulas pilem gituh???nangessss
layan dulu gambar di akhir pementasan teater ini.
tapi APAKAH PENGAJARAN YANG AKU DAPAT DARI TEATER NI???
- tersentuh dgn natrah gadis berketurunan Belanda tetapi membesar dgn cara dan didikan Melayu, mempelajari Islam dan sayang kepada tanah melayu.Kesimpulannya, kita sebagai MELAYU harus berbangga kerana adat kita dan agama kita dipandang tinggi dan mulia oleh bangsa lain.Tapi kini senario yang terjadi kita mengagungkan budaya luar, tidak salah mencontohi budaya yang baik tetapi jangan lupa jatidiri kita yang sebenar.
- Penyatuan umat ISLAM pada masa dahulu sgt kuat. Demi menyelamatkan seorang insan bernama NATRAH yang telah memeluk Islam mereka sanggup bergadai nyawa dan harta asalkan NATRAH tidak dipaksa keluar dr agama ISLAM.
- Kasih syg ibu dan anak.Walaupun Natrah hanyalah anak angkat kepada Mak Minah, kasih sayang yang dicurahkan tiada bezanya......sgt sedih sewaktu melihat adegan Natrah dipisahkan dari Mak Minah.
waktu aku pergi Tun Mahathir juga dijemput meraikan HARI ULANG TAHUN beliau sewaktu berakhirnya pementasan NATRAH.Bertuah gaklah rasa malam tu
Aksi Tun dan Toh puan memotong PULUT KUNING sempena hari jadi beliau(panjang umur tun..maklumlah sel2 banyak berpikir gituh bukan mcm iols...nangesss)
ok, sambung plak ulasan teater kedua, memula aku mmg nak pergi tengok, tapi dgr citer banyak rombakan utk TTM(Teater Tun Mahathir bukan blog TOPSTURVYMUMMY..yahampun kaka roxx)so iols tak jadik nak beli tiket.tup2 dapat plak rezeki terpijak.
Kawan kata dpt tiket free...iols pun say YESS teruslah free kekdahnyer dasar mmg pantang dpt benda free
kan???
pastu last minute kawan aku kata tak dpt plak..kuciwa
tetapi hari sabtu tue..bak kata org kalau dh rejeki tak kemana..sorg kawan offer gantikan org dan sheols kata bagik free kat aku as a TREAT..walaweh....memang rejeki gituh..jgn ditolak dong...ngehngehngeh......ok sila saksikan ulasan aku berkisar TTM di bawah ini
p/s:artikel di bawah sy tulis dalam ayat skema gituh..penuh penghayatan..uols MAMPOO???
larikkkkk
Beralih pula kepada TEATER kedua yang ditonton iaitu TEATER TUN MAHATHIR
siapa yang tak kenal dgn TUN? 22 tahun menjadi pemimpin bukanlah satu masa yang singkat..apa yang telah beliau lakukan???BAPA PEMODENAN ini melakukan pelbagai TRANSFORMASI untuk negara kita. Jambatan Pulau Pinang, Kereta Tempatan PROTON, Putrajaya, MSC, KLCC??? sebutkan kesemuanya.......adalah hasil sumbangan dan idea beliau.
Saya tidak ingin menyentuh soal politik kerana saya bukanlah seorang yang arif dalam dunia ini.Saya memberi komen berdasarkan kemajuan dan sikap pandang ke hadapan beliau sebagai anak tempatan yang wajar dicontohi segenap lapisan masyarakat.
Layan dulu gambar gayah gebu depan POSTER TTM..hahhahahaaa
Jalan cerita teater ini sgt santai bagi saya, kemuculan SARimah Ibrahim yang memegang watak mcm2, sekejap jadik amoi, sekejap jadik budak sekolah, sekejap jadik jepun, sekejap serius...sgt mencuit hati...semua jadi...namun di kala gelak sakan melihat teater ini..hati tetap tersentuh dengan kesungguhan Tun Mahathir dlm mengejar cita2 untuk membangunkan bangsa..dalam gelak tawa..saya masih mampoo menghayati mesej2 kenegaraan dan patriotik yang cuba disampaikan...telatah AZEAN IRDAWATI dan AC MIZAL juga wajar diberi perhatian kerana kemunculan sekejap mereka memberi rasa terkesan. Tak lupa Isma Daniel selaku pendukung utama watak TUN M- memang sebijiklahhhh TAHNIAH
Dari kiri: Azean Irdawati, Diana Johor(Gebu giler kulit sheols-sempat lagik aku tgk..haha), AC MIzal, Sarimah Ibrahim , MIsha Omar
Sambungan: sebelah misha, Ezani (Tun M younger), Isma (Tun M), Elly Mazlein(Ct Hasmah
Daripada 2 cerita nie iols dapat buat satu persamaan nyata iaitu
- Walau dimana pun bumi dipijak, di situlah langit dijunjung, jangan sekali kali lupa asal usul kita, budaya dan agama kita.
- Kasih sayang yang sejati akan menjadi pendorong dan kekuatan untuk kita mencapai kejayaan
- Penyatuan dalam segala segi amtlah perlu untuk kemaslahatan bersama
Sekian saya yang perasan jadik pengulas politik, teater dan wartawan sekejap..ampun maaf terkasar bahasa okeh!!!
No comments:
Post a Comment