11/22/2009

AKU TAK MAHU LAGI BERFANTASI

Aku tak mahu lagi hidup berfantasi
Memang fantasi itu indah
Bagaikan kita di syurga
Bagaikan esok takkan terpadam
Bagaikan kita hidup selamanya

Namun realiti pasti menjengah
Bukan utk seketika, tetapi realiti itu nyata
Mungkin fantasi itu akan selalunya indah
Jika bisa jadi kenyataan

Aku tak mahu lagi berfantasi
Sebab ku tahu ia takkan jadi kenyataan
Ia takkan berubah menjadi realiti
Aku kini berpijak di bumi yang nyata
Biarlah fantasi itu menjadi satu kenanganku yang terindah....

ERM, sajak @ monolog nie aku ciptakan secara tak sengaja sebab bad mood tadik..dh rasa ok ckit..korang layan jerklah..if tak paham buat2 jerk paham ok..hehe

No comments: